Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

KKMM Suri Teladan Dalam Bangunkan Negara

By 26 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan : Jamilah Sulaiman Nasution                Foto : Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Seremban)

SEREMBAN, 26 Jul (Malaysiaaktif) – “Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) perlu menjadi suri teladan dalam menyalurkan idea, hasrat serta usaha kerajaan dalam membangunkan negara untuk rakyat. Malahan kementerian ini perlu meletakkan diri sebagai kementerian yang sentiasa berhubung dengan rakyat serta memenangi hati rakyat dan minda rakyat,” jelas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Eddin Syazlee Shith ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama warga KKMM dan Media Negeri Sembilan di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut, di sini.

Eddin percaya dengan menggunakan platform sedia ada di bawah KKMM, hala tuju jabatan akan selari dengan dasar kerajaan sedia ada. Agensi-agensi KKMM di peringkat negeri juga perlu mengadakan program secara bersepadu sesama jabatan atau agensi yang lain kerana ianya akan menghasilkan impak yang lebih berkesan, sasaran khalayak yang berfokus dan menjimatkan kos disamping dapat menjalinkan kerjasama yang baik dengan kerajaan negeri bagi memudahkan urusan aktiviti jabatan.

Eddin ketika ditemubual stesen radio tempatan.

Eddin ketika ditemubual stesen radio tempatan.

“Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Komunikasi dan Multimedia (JKP-KKKM) yang berfungsi sebagai platform bagi merancang dan menyelaras program dan aktiviti KKMM di peringkat negeri juga perlu lebih agresif dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab secara bersepadu ke arah mencapai transformasi kerajaan,” katanya lagi.

Eddin turut berharap agar semua warga KKMM lebih komited, kreatif, cekap, efisien dan berintegriti dalam melaksanakan urusan pentadbiran kerajaan supaya semua program dan inisiatif dapat dilaksanakan dan faedahnya dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

Sebahagian daripada warga KKMM bergambar kenang-kenangan.

Sebahagian daripada warga KKMM bergambar kenang-kenangan.

Tambahnya lagi, sebagai Timbalan Menteri KKMM beliau juga akan sentiasa berganding bahu dengan Menteri KKMM iaitu Gobind Singh Deo bagi memastikan kementerian dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Sementara itu, Shariffuddin Saedin yang merupakan pegawai dari Jabatan Penerangan Negeri Sembilan beranggapan aspirasi yang disampaikan oleh Eddin Syazlee Shith adalah suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh semua warga kerja KKMM selain menyahut harapan kerajaan yang baharu.

-SH

Tinggalkan komen anda