Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Tutup Sekolah, Tabika Langkah Berkesan Cegah HFMD – Menteri

By 26 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan Foto Oleh: Mohd Zaid Awang (Gombak)

 

GOMBAK, 26 Jul (Malaysiaaktif)  – Pendekatan menutup sekolah dan tabika yang terlibat dengan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) merupakan langkah paling berkesan untuk mengelak daripada terus merebak.

Dr Dzulkefly Ahmad (tiga dari kiri) menerima bonsai daripada kanak-kanak pra sekolah sebagai gimik perasmian Konvensyen HePiLI peringkat Kebangsaan di Gombak, hari ini.

Dr Dzulkefly Ahmad (tiga dari kiri) menerima bonsai daripada kanak-kanak pra sekolah sebagai gimik perasmian Konvensyen HePiLI peringkat Kebangsaan di Gombak, hari ini.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata wabak HFMD merebak dengan pantas jika tidak dicegah dengan berkesan termasuk kuarantin pelajar yang dijangkiti serta membekalkan gel pembersih tangan.

“Saya harap pihak korporat turut tampil membantu menangani penyakit ini dengan menyumbang pembersih tangan kepada pelajar seperti ketika keadaan jerebu dahulu, pelajar-pelajar dibekalkan dengan topeng muka.

Antara persembahan kanak-kanak pra sekolah di Majlis Perasmian Konvensyen HePiLI hari ini.

Antara persembahan kanak-kanak pra sekolah di Majlis Perasmian Konvensyen HePiLI hari ini.

“Namun, langkah menutup sekolah adalah langkah paling berkesan untuk menangani penyakit ini,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Helath Promotion In Learning Instituions (HePiLI) peringkat Kebangsaan 2018 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),  hari ini.

Beliau turut memaklumkan masih belum menerima laporan terakhir berkaitan penyakit HFMD di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (2).

Sementara itu, Dzulkefly menyatakan Konvensyen HePiLI adalah gabungan program-program promosi kesihatan melibatkan peringkat pendidikan awal kanak-kanak pra sekolah Melalui Program Tunas Doktor Muda.

Langkah menutup sekolah adalah langkah paling berkesan untuk menangani penyakit HFMD - Dr Dzulkefly Ahmad.

Langkah menutup sekolah adalah langkah paling berkesan untuk menangani penyakit HFMD – Dr Dzulkefly Ahmad.

“Bagi sekolah rendah dan menengah melalui Kelab Doktor Muda dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pula melalui Program Siswa Sihat (PROSIS).

“Ia bertujuan menilai kemampuan, kreativiti, kepekaan dan kemahiran ahli Kelab Doktor Muda dan PROSIS untuk bertindak sebagai agen menyampaikan mesej kesihatan kepada rakan sebaya,” katanya.

Menurut beliau lagi, HePiLI juga dilaksanakan sebagai usaha memperkukuhkan landasan perkongsian bestari dan advokasi antara agensi seperti Kementerian Pendidikan , Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Kesihatan.

Seramai 1,300 orang peserta di kalangan murid pelajar sekolah rendah dan menengah, guru penasihat Kelab Doktor Muda, kakitangan institusi pengajian tinggi dan anggota kesihatan menyertai Konvensyen HePiLI peringkat Kebangsaan 2018 berlangsung pada 24 hingga 27 Julai.

 

– NAZ

Tinggalkan komen anda