Skip to main content
Berita TempatanHomeLabuan

Raisin Seru Golongan Belia Rujuk Sejarah

By 30 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh: Mohd Faizal Mansor/ foto oleh: Sabah Times

LABUAN 29 Jul (Malaysiaaktif)- Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Raisin Saidin menyeru golongan belia masa kini supaya membaca dan merujuk sejarah negara agar golongan belia di negara ini sentiasa mengambil iktibar serta menginsafi segala perit dan liku pejuang terdahulu memerdekakan negara ini.

ā€œKita sedar bahawa perlunya menggelorakan semangat patriotik dalam kalangan golongan belia di negara kita pada masa ini keranaĀ  mereka tidak merasa tentang keperitan dan kesusahan pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu berjuang demi mendapatkan kemerdekaan dari belenggu penjajahan kuasa asing yang sekian lama bertapak di negara kitaā€, kata Raisin.

Justeru dengan merujuk fakta sejarah dan susur galur perjalanan suka duka negara kita mendapatkan harga sebuah kemerdekaan perlu disemai kepada golongan belia masa kini agar mereka dapat mengetahui dan menghargai penat jerih pejuang bangsa terdahulu mendapatkan kemerdekaan, katanya lagi pada Majlis Perasmian Pertandingan Sketsa Rukun Negara dan Pengisahan Kenegaraan 2018 Peringkat Labuan anjuran Jabatan Penerangan Labuan di Dewan Kuliah Utama, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan, di sini tengahari tadi.

Ujar Raisin lagi, selain merujuk kepada sejarah, banyak cara yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan golongan belia dan salah satu daripada adalah melalui program sketsa rukun negara dan pengisahan negaraku yang mana ianya merupakan platform terbaik untuk anak-anak muda mengenali dan menyelami perjuangan dan pengorbananĀ  tokoh-tokoh kemerdekaan, tokoh budaya dan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita.

ā€œMelalui penceritaan dalam bentuk persembahan lakonan oleh para peserta ini dengan mengambil tokoh-tokoh yang dipilih mampu mengungkap segala peristiwa dan sumbangan besar tokoh-tokoh kemerdekaan mahupun negarawan-negarawan tersebut untukĀ  dikenali dan seterusnya diingati oleh generasi belia pada masa kini,ā€ tambahnya.

Tambahnya lagi, bagi pertandingan sketsa rukun negara pula ia mampu mewujudkan taat setia kita pada negara di samping mewujudkan nilai-nilai perpaduan khususnya bagi masyarakat berbilang kaum di Labuan.

Raisin turut memuji usaha pihak Jabatan Penerangan Labuan kerana mewujudkan platform ini bagi memberi peluang untuk anak-anak muda LabuanĀ  untuk menunjukkan bakat mereka dalam seni lakonan dan pada masa yang sama ia menyemai benih-benih kecintaan kita pada negara.

Pada pertandingan tersebut Sekolah Menengah Labuan muncul Johan Pertandingan Sketsa Rukun Negara dengan membawa tajuk ā€œMemperkasa Rukun Negaraā€ manakala Kumpulan Pearlmata Seni dinobat Johan Pengisahan Kenegaraan apabila berjaya memukau pihak juri dengan melakonkan tajukā€ Memoir Kisah Perjuangan Tok Janggut Pejuang Bangsa, Pahlawan Terunggul.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan,Ā  Supian Musa serta ketua-ketua jabatan.

 

Tinggalkan komen anda