Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Wakil Rakyat Harus Mahir Hal Ehwal Protokol dan Etiket Sosial

By 30 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan
                                 Laporan oleh: Asmidar Zainol/ Foto: Abdullah Sani Ariff Lokman

KOTA KINABALU, 30 Jul (Malaysiaaktif) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen digalak melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan santunan budaya dalam perhubungan sosial.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata selaku pemimpin politik dan wakil rakyat yang sering menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan, mereka harus tahu dan mahir dalam hal ehwal protokol dan etiket sosial.

Jaujan (duduk) menandatangani buku tetamu sebelum merasmikan program berkenaan.

Jaujan (duduk) menandatangani buku tetamu sebelum merasmikan program berkenaan.

“Ahli-ahli Yang Berhormat juga harus mempersiapkan diri untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab agar tidak merasa kekok dalam majlis-majlis rasmi dan sebagainya di samping menjadikan satu amalan yang berdisiplin dan beretika dalam tugasan harian.

“Pemimpin atau wakil rakyat juga sering kali diminta menjadi tetamu kehormat, malah menjadi rujukan dalam pengendalian majlis-majlis rasmi seperti susunan tempat duduk dan sebagainya di kawasan masing-masing.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Ahmad Abdul Rahman semasa sesi pertanyaan kepada penceramah.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Ahmad Abdul Rahman semasa sesi pertanyaan kepada penceramah.

“Oleh yang demikian ahli-ahli yang berhormat harus tahu dan mahir dalam hal ehwal protokol dan etiket sosial dalam urusan majlis rasmi,” katanya semasa merasmikan Program Eksklusif Protokol dan Etiket Sosial Dalam Majlis Rasmi (Ahli-Ahli Yang Berhormat Negeri Sabah), di sini pada Isnin.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Jaujan Sambakong.

Tambah Shafie, pemimpin atau wakil rakyat tidak boleh kekal selesa pada sesuatu tahap pencapaian dalam usaha memantap dan memperkasakan kemahiran dan kebolehanan yang akan melakar corak hala tuju kepimpinan negeri.

Ahli Wakil Rakyat yang hadir menunjukkan Buletin Sabah Baru yang diedarkan di program tersebut.

Ahli Wakil Rakyat yang hadir menunjukkan Buletin Sabah Baru yang diedarkan di program tersebut.

“We must not rest on laurels” kerana kita perlu berhadapan dan menangani perubahan persekitaran.

“Kita perlu bersedia, berfikiran terbuka untuk melakukan anjakan paradigma yang selari dengan perubahan persekitaran yang terus berlaku, kerana inilah kehendak dan cita rasa rakyat pada abad ini.

“Sebagai pemimpin dan wakil rakyat, kita perlu mendukung dasar yang bersifat inklusif dan menterjemahkannya ke dalam pekerjaan seharian bagi mencapai amalan protokol dan etiket sosial bukan sahaja di negeri Sabah malah bertaraf dunia,” ujarnya.

Program dua hari tersebut dianjurkan oleh Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Bahagian Istiadat dan Protokol, Jabatan Ketua Menteri disertai oleh 53 peserta yang terdiri daripada Timbalan Ketua Menteri, Menteri Kerajaan Negeri, Timbalan Speaker dan Setiausaha Tetap.

  • MRR

Tinggalkan komen anda