Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau Pinang

Penduduk Pulau Mutiara Teruja Pelancaran Bulan Kebangsaan 2018

By 2 Ogos 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan : Nurhidayah Mohamad Zaher / Foto : Shamsul Bahari Abd. Shukor (Timur Laut)

GEORGE TOWN, 2 Ogos (Malaysiaaktif)  –  Penduduk di sekitar pulau pinang amat teruja dengan pemilihan padang kota lama sebagai venue Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018. Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow  “Program nasional ini amat bermakna kepada penduduk pulau pinang ini kerana sejak tahun 2008, tiada acara seumpama ini diadakan di Pulau Pinang, katanya pada sidang media yang diadakan semalam.

Beliau juga menjemput seluruh rakyat negeri Pulau Pinang untuk bersama-sama memeriahkan program tersebut yang akan berlangsung daripada 3 hingga 5 ogos dan  majlis perasmian dijadualkan pada 4 ogos, pukul 8 malam.  Chow juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memilih Pulau Pinang sebagai tuan rumah bagi acara tahunan peringkat nasional tersebut.

Chow Menunjukan Poster Pelancaran yang akan berlangsung pada 4 Ogos 2018

Chow Menunjukan Poster Pelancaran yang akan berlangsung pada 4 Ogos 2018

Bertemakan “Sayangi Malaysiaku” pada tahun ini,  Majlis Pelancaran tersebut akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta beberapa Menteri, Timbalan Menteri Kabinet, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan seluruh Malaysia.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Farizan Darus mengumumkan pelbagai aktiviti menarik bakal berlangsung antaranya, “Larian Merdeka, Senam Robik, Program Jalinan Kasih, Pameran dari agensi Kerajaan dan Swasta serta Kembara Merdeka Jalur Gemilang antara acara yang dijadual berlangsung di Padang Kota Lama selama tiga hari tersebut,’’ jelasnya.

WhatsApp Image 2018-08-01 at 10.31.10 PM

-ER

Tinggalkan komen anda