Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

300 Aktivis Semarakkan Sayangi Malaysiaku

By 5 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh: Eparizan Mansor (Putrajaya)

GEORGE TOWN, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Gabungan lima institusi pendidikan melahirkan 300 aktivis bagi menyemarakkan semangat Sayangi Malaysiaku.

Diwujudkan sekitar tiga tahun lepas, Aktivis Sehati Sejiwa diambil bersempena dengan tema Hari Kebangsaan setiap tahun. Aktivis Sayangi Malaysiaku kemudiannya digunapakai bersempena tema Sayangi Malaysiaku pada tahun ini yang berjaya menarik seramai 6,029 aktivis sehingga kini.

Setiausaha Jawatankuasa Aktivis, Juhanis Idris yang menjadi tulang belakang Aktivis Sayangi Malaysiaku

Setiausaha Jawatankuasa Aktivis, Juhanis Idris yang menjadi tulang belakang Aktivis Sayangi Malaysiaku

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Aktivis, Juhanis Idris, 300 penyertaan yang melibatkan lima buah institusi di sekitar Pulau Pinang telah mengambil bahagian sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 yang diadakan pada 4 Ogos di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

“Antaranya UiTM Pulau Pinang, Politeknik sebrang Prai, Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH), Politeknik Balik Pulau dan Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.

“Aktivis yang wujud ini bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga keamanan negara selain bagi memperkukuhkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan belia,” katanya yang ditemui di Padang Kota Lama, di sini sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan, semalam.

Aktivis Nurul Nadira Kamarul Nizam peserta dari Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) yang turut mengambil bahagian

Aktivis Nurul Nadira Kamarul Nizam peserta dari Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) yang turut mengambil bahagian

Seorang aktivis Sayangi Malaysiaku yang ditemui, Nurul Nadira Kamarul Nizam, 18, sangat berbangga kerana terpilih dan turut sama menjayakan program ini.

“Nurul berikrar sedia berbakti dan menyayangi Malaysia walau di mana jua berada,” ujarnya.

Seorang lagi aktivis, Ahmad Nasrullah, 19, berkata ini merupakan kali pertama terlibat secara langsung dalam sambutan kemerdekaan dan ia lahir daripada sifat sayang Malaysiaku untuk terus berada di barisan hadapan.

Penglibatan semua aktivis Sayangi Malaysiaku ini dilihat mampu menerapkan semangat patriotism aktivis dalam menyemai semangat cintakan negara, memupuk semangat kerjasama dan berpasukan dalam kalangan aktivis yang lain.

-SH

Tinggalkan komen anda