Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Semangat Merdeka Dihati Belia

By 6 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh : Rose Rasidi

 

YAN, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – “Merdeka bangkitkan semangat kecintaan saya pada negara Malaysia yang tercinta,” ujar Nurul Natasha Aleeya Rozaimy, 16, pelajar SMK Dulang, daerah Yan, Kedah.

Peserta konvoi bergambar bersama Pegawai Daerah Yan

Peserta konvoi bergambar bersama Pegawai Daerah Yan

Adik Aleeya hadir bersama kembarnya, Nurul Natasha Aneesa Rozaimy pada Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Negeri Kedah 2018 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia yang berlangsung di Pantai Murni Waterfront di daerah Yan hari ini.

Nasrina, Amira dan Aleeya gembira turut serta dalam program ini

Nasrina, Amira dan Aleeya gembira turut serta dalam program ini

Program yang diceriakan dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan bertemakan kenegaraan telah dilaksanakan antaranya pertandingan jigsaw puzzle, mewarna baju-t, dam gergasi, selfie wefie dan pertandingan karaoke lagu patriotik serta persembahan buskers daripada Pentarama Jabatan Penerangan berlangsung dengan meriahnya.

balingan dadu pertandingan dam gergasi menarik perhatian pengunjung

balingan dadu pertandingan dam gergasi menarik perhatian pengunjung

Menurut adik Nasrina Idrus, 16, juga pelajar SMK Dulang, “saya sangat teruja dan seronok hadir pada program hari ini kerana aktiviti berbentuk permainan diisi dengan maklumat kenegaraan yang membantu memberikan banyak maklumat kepada saya,” ujarnya penuh semangat.

WhatsApp Image 2018-08-05 at 22.57.32

Program KMJG telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Yan, Mohd Yusri Md Daud disertai Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kedah, Nasrudin Mahmud. Pegawai Daerah Yan juga turut menyampaikan Jalur Gemilang kepada ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan di daerah Yan. Seterusnya acara kemuncak bagi program KMJG ini iaitu “flag off” peserta KMJG yang disertai oleh konvoi motosikal berkuasa besar dan 10 kenderaan agensi kerajaan dan swasta berjaya mencuri perhatian pengunjung di Pantai Murni Waterfront Yan.

WhatsApp Image 2018-08-05 at 22.57.55

“Saya terpesona dengan kehadiran konvoi motorsikal dan kenderaan jabatan, sangat menarik,” ujar Amira Natasya Abu Bakar,16, pelajar SMK Dulang yang hadir beramai-ramai menyaksikan acara sambutan gilang-gemilang program ini.

Peserta konvoi dijangka akan meneruskan pengembaraan ke negeri Perlis, kemudian melalui semula kedah dan seterusnya ke negeri Kelantan. Konvoi KMJG ini bakal singgah di beberapa lokasi di negeri Kedah iaitu di SMK Jerlun Jitra, SMK Hosba Jitra, SMK Syed Ahmad Kuala Nerang, Pejabat Tanah dan Daerah Pendang dan Dewan Tun Razak Baling.

Tinggalkan komen anda