Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Persembahan Pianica Band Sambut Peserta KMJG Kedah

By 6 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto Oleh : Fasharina Kholil dan Rasidi Che Sa (Sik)

YAN, 06 Ogos (Malaysiaaktif) – Pianica Band memukau hampir 500 orang penonton serta peserta Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) yang hadir bersempena Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Negeri Kedah 2018 di Pantai Murni Waterfront di sini, semalam.

IMG-20180806-WA0028

Pianica Band yang dipimpin oleh Cikgu Ahmad Rosli Zainal Abidin ini dianggotai oleh 45 orang pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda (SKSAM), Sik terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

IMG-20180806-WA0025

Guru Besar SKSAM, Abd Rahim Abd Rashid berkata, beliau berbesar hati kerana kumpulan ini mendapat undangan bagi menyambut ketibaan peserta konvoi ini.

“Pianica juga turut mendapat undangan untuk mengadakan persembahan bagi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah pada tahun ini. Sebelum ini sudah dua tahun berturut-turut iaitu pada 2016 dan 2017 kami diundang. Ini merupakan satu penghargaan kepada kumpulan ini dan saya berbangga kerana Pianica membawa bersama nama sekolah kami,” ujar Cikgu Rahim lagi.

Cikgu Rahim turut menambah, antara pencapaian terbaik Pianica adalah Persediaan Pancaragam Terbaik serta Drum Major Terbaik Pertandingan Pancaragam Peringkat Negeri Kedah.

IMG-20180806-WA0026

“Untuk hari ini, kami bukan saja berbesar hati kerana dapat memenuhi undangan daripada Jabatan Penerangan Negeri Kedah bahkan turut berasa gembira kerana turut dapat memberi sumbangan dalam program berbentuk kenegaraan, ” katanya lagi.

Jelas Cikgu Rahim lagi, generasi muda kini lebih gemar kepada pendekatan yang santai dan bersahaja. Oleh yang demikian, program KJMG ini merupakan satu medium terbaik bagi menyemarakkan semangat patriotik serta cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.

 

Sementara itu, menurut salah seorang penonton yang ditemui, Nuraliea Natassya, dia teruja kerana dapat turut serta dalam program KMJG ini.

IMG-20180806-WA0030

“Seronok dapat turut serta dan memberi sokongan kepada program seperti ini. Saya juga teruja dapat menyaksikan persembahan pancaragam tadi sebab jarang dapat saksikan persembahan sebegitu, ” ujarnya lagi.

Nuraliea turut berkata, generasi muda kini perlu menghargai jasa serta pengorbanan pejuang negara dan menzahirkan rasa kecintaan ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang tanpa rasa malu.

– MRR

Tinggalkan komen anda