Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Warga Emas 93 Tahun Terima Sumbangan Kerusi Roda

By 7 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan
       Laporan oleh: Fauzrina Bulka/Foto: Azman Jumat(Sabah)
KOTA KINABALU, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Seorang warga emas berusia 93 tahun, Kamduya Salasain antara mangsa kebakaran yang menerima sumbangan daripada Persatuan Prihatin Sahabat Sabah (PPSS).
Kamduya berehat di dalam khemah yang disediakan untuknya.

Kamduya berehat di dalam khemah yang disediakan untuknya.

Pengerusinya, Mohd Zulfikar Ab Mijan berkata rombongannya telah melawat Kamduya yang merupakan antara mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Cenderamata 2, baru-baru ini.

“Petang ini kami pergi ke Penempatan Cendera Kasih menyampaikan sumbangan terus kepada Kamduya berupa kerusi roda seperti yang sangat diperlukan beliau.
“Oleh kerana bekalan makanan sudah banyak di terima di penempatan, maka PPSS terus menyumbangkan kerusi roda beserta keperluan makanan termasuk susu dan lampin pakai buang dewasa untuk Kamduya,”katanya.

Terdahulu, PPSS bersama Pusat Tahfiz Sahabat Prihatin turut ke Semporna pada Ahad lepas bagi menyantuni dan menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Air yang melibatkan 200 buah rumah dan 500 orang mangsa.

Mohd Zulfikar berjabat tangan dengan Chaco yang menerima sumbangan mewakili mangsa-mangsa kebakaran.

Mohd Zulfikar berjabat tangan dengan Chaco yang menerima sumbangan mewakili mangsa-mangsa kebakaran.

“Rombongan kami seramai 50 orang termasuk ahli jawatankuasa, kaki tangan dan pelajar tahfiz menemui mangsa-mangsa ini yang ditempatkan di Dewan Belia Semporna.
“Kedatangan kami disambut oleh Pegawai Daerah, Dr. Chacho Bulah dan sumbangan tersebut disampaikan melalui beliau di hadapan mangsa kebakaran.
“Sumbangan yang kami bawa berbentuk makanan kering, biskut, mee, lampin pakai buang, air mineral juga barangan keperluan harian beserta wang tunai kepada ketua keluarga yang terpilih,”ujarnya.
Mohd Zulfikar menyantuni mengsa-mangsa kebakaran.

Mohd Zulfikar menyantuni mengsa-mangsa kebakaran.

Tambah Mohd Zulfikar, mengikut pemerhatiannya, masih banyak sumbangan yang diperlukan oleh mangsa-mangsa terutama sekali khemah yang selesa berikutan keadaan mereka yang sangat padat.

“Saya mengharapkan mangsa-mangsa ini akan dapat pembelaan daripada pihak-pihak tertentu dan berdoa dimana sahaja mereka berada agar diberikan kesabaran serta kekuatan.
“Saya juga berdoa agar rezeki dan umur dipanjangkan kepada orang-orang yang menghulurkan bantuan dan kita harapkan lebih ramai lagi hadir untuk membantu mangsa-mangsa ini,”kata Mohd Zulfikar.
-MRR

Tinggalkan komen anda