Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Taekwondo Buat KMJG18 Negeri di Seremban

By 9 Ogos 2018Tiada komen1 minit bacaan

Laporan: Suzilawati Kamarudin (Seremban)                Foto: Mohd Khairulnizam Yunus

SEREMBAN, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Daerah Seremban singgah menemui 500 orang pelajar dari Kolej Antarabangsa Unifield, Nilai.

“Generasi muda kini bertanggungjawab menjadikan negara ini benar-benar bebas dan merdeka dari apa jua masalah sosial. Bersedialah mempertahankan tanah air Malaysia, sebagaimana kamu gigih berlatih membuat persembahan taekwondo kelmarin, begitu jugalah dituntut dalam perjuangan kemerdekaan anak muda”, kata Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kolej Antarabangsa Unifield, Nurhidayah Hamidah Hamidun.

Kehadiran konvoi KMJG ini disambut dengan persembahan taekwondo dari pelajar Kelab Taekwondo Kolej yang melambangkan kesediaan generasi muda mempertahankan tanah air Malaysia dari sebarang ancaman musuh.

Persembahan Taekwondo Pelajar

Persembahan Taekwondo Pelajar

Sementara itu, Ketua Konvoi KMJG Peringkat Daerah Seremban 2018, Muhammad Ramadan Ab Rahim memaklumkan, kembara konvoi yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Seremban ini membawa mesej kepada semua generasi tidak mengira lapisan umur dan  bangsa bagi menggelorakan kibaran Jalur Gemilang di setiap persinggahan dan laluan-laluan konvoi merentasi kampung dan bandar.

Konvoi ini telah memulakan kembaranya dari Pejabat Daerah Seremban, Seremban 2 dan berhenti di tiga perhentian yang lain seterusnya penutupannya berakhir di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Dato’ Shahardin, Labu.

Turut hadir, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN NILAI, Arul Kumar Jambunathan yang menyempurnakan pelepasan konvoi KMJG ke hentian penutupan konvoi KMJG.

 

-KN

Tinggalkan komen anda