Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

LGBT Bukan Tentang Agama Semata, Tetapi Ia Adalah Tentang Kemanusiaan

By 9 Ogos 2018Tiada komen4 minit bacaan

 

Laporan oleh: Fauzrina Bulka/ Foto: Azman Jumat (Sabah)

 

KOTA KINABALU, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – LGBT adalah istilah yang merujuk kepada kelompok Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual yang telah digunakan oleh aktivis di Amerika Syarikat sekitar tahun 1988.

Golongan ini dikatakan sudah lama wujud di negara kita cuma tidak begitu diambil kisah, mungkin kerana kelompok minoriti ini melakukannya secara tersorok kerana ketika itu mereka tahu ia perbuatan yang salah dan masih menghormati nilai-nilai yang dipegang oleh masyarakat.

Di situ kita dapat lihat bahawa rakyat Malaysia sendiri tidak pernah mengamalkan diskriminasi terhadap mereka, dan masih boleh menjalani hidup masing-masing dan boleh saling menghormati.

Namun kini,  kelompok ini menjadi antara isu utama di media sosial kerana sudah berani bersuara dan menggunakan pelbagai medium untuk mendapatkan pengiktirafan di negara ini.

Samin ketika ditemuramah oleh pemberita.

Samin ketika ditemuramah oleh pemberita.

Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah, Samin Ongki berkata, isu LGBT ini sebenarnya bukan persoalan tentang agama semata-mata, tetapi ia adalah tentang kemanusiaan, yang mana jika ia diiktiraf di negara ini, nilai kemanusiaan akan jatuh di tahap yang paling hina.

“Masyarakat Malaysia tidak boleh menyokong LGBT kerana ia bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia yang mengiktiraf keturunan dan perbezaan jantina.

“Wanita pada zaman jahiliah ialah golongan yang dihina, yang kadang-kadang dilayan sebagaimana binatang untuk memuaskan nafsu. Dengan kedatangan Islam, salah satu sumbangan yang paling besar adalah memuliakan wanita.

3“Tidak ada manusia di dunia ini yang bahagia tanpa wanita, bahkan seorang lelaki yang juga seorang anak tidak akan boleh masuk syurga kecuali dengan restu ibunya,”ujar Samin ketika ditemui.

Katanya, semua pihak perlu bersatu sama walaupun berbeza agama untuk menentang LGBT, kerana dia yakin agama lain juga tidak akan menyokong kelompok ini.

“Apabila kita menyokong tuntutan mereka, bermakna agama suda tidak jadi rujukan. Negara barat yang mempunyai masalah sosial yang begitu serius kerana di barat agama sudah jauh daripada kehidupan seharian mereka.

“Apabila budaya ini sudah berjaya di barat, mereka cuba pula untuk mempengaruhi negara-negara yang masih berpegang kepada nilai-nilai ketimuran serta adat seperti di Malaysia, jadi kita mesti bersatu dalam apa juga keadaan dan kemampuan yang ada untuk menentang LGBT,”katanya.

Menurut Samin juga, teguran yang tegas perlu dilakukan disusuli dengan proses perundangan untuk mengelakkan institusi agama dipersenda seperti yang dilakukan oleh seorang peniaga produk yang kembali berpakaian wanita hingga digelar penunggang agama.

“Pada pandangan saya, kita sudah tidak boleh berlembut kerana mereka sebenarnya tahu apa yang dilakukan itu salah, tetapi sengaja mahu menunjukkan bahawa mereka menang dalam perjuangan ini.4

“Jadi kita mesti pertahankan bahawa apa yang mereka lakukan itu salah di sisi agama dan juga tidak bersesuaian dengan nilai kemanusiaan,”katanya.

Tambah Samin lagi, apa yang seharusnya dilakukan masyarakat ialah dengan memperkukuhkan institusi keluarga dan memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama yang baik, serta mengurangkan kebergantungan kepada kebendaan untuk menilai kejayaan dalam hidup.

“Memang kita perlu memiliki pencapaian yang ada di dunia, tetapi jangan sesekali lupa kepada landasan kerana agama lah yang akan membimbing kita ke jalan yang sebenarnya.

5“Penerangan yang jelas mesti dilakukan tanpa bosan sama ada di sekolah, dalam khutbah Jumaat dan kuliah-kuliah agama supaya masyarakat menyedari ini ialah suatu perkara yang tidak sepatutnya diberi sokongan.

“Saya yakin media memainkan peranan yang sangat penting sama ada media yg dimiliki oleh kerajaan atau media lain mesti memberi penerangan jelas bahawa isu ini tidak boleh diberi sokongan dan kita mesti bersama-sama untuk membanterasnya,”katanya lagi.

Samin juga menyeru agar masyarakat memboikot sebarang produk yang dijual oleh kelompok ini dan mendapatkan pilihan lain supaya mereka tidak mempunyai sumber kewangan untuk meneruskan pergerakan mereka.

Katanya juga, umat Islam dan semua pihak yang menentang LGBT mesti menganggap ini sebagai satu jihad dan perjuangan yang mendapat keredaan Allah SWT, dan perlu yakin dengan perjuangan ini kerana usaha ini juga sebenarnya disokong oleh majoriti manusia di dunia ini.

Yahya(kanan) sedang melayan pelanggan dalam Program Derma Darah pada khamis.

Yahya(kanan) sedang melayan pelanggan dalam Program Derma Darah pada khamis.

Sementara itu, Pegawai Seranta, Jabatan Patologi dan Unit Perubatan Transfusi, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS), Yahya Abdul Rajak turut menjelaskan bahawa pesakit-pesakit yang mendapatkan perkhidmatan bekalan darah di hospital tidak perlu khuatir dengan kualiti darah yang dibekalkan kerana semuanya akan melalui tapisan yang ketat.

Penjelasan tersebut dilakukan apabila ada selebriti yang seolah-olah menggalakkan kelompok LGBT untuk tidak menyembunyikan status mereka jika ingin menderma darah sehingga menimbulkan kerisauan di pihak penerima darah.

“Sebenarnya larangan untuk LGBT agar tidak melakukan aktiviti pendermaan darah sering kami perjelaskan melalui risalah2-risalah kempen termasuklah di dalam borang pendaftaran yang perlu di isi setiap kali ingin menderma.

Iklan yang memaparkan kriteria yang perlu dipatuhi untuk menderma darah.

Iklan yang memaparkan kriteria yang perlu dipatuhi untuk menderma darah.

“Apa yang dirisaukan ialah berlakunya jangkitan kuman pada saluran darah terutamanya hepatitis B dan C, HIV dan Sifilis, walaupun mereka terlepas kerana menyembunyikan status, semua darah yang didermakan akan diuji di makmal dan jika didapati bermasalah, penderma terbabit akan dihubungi bagi mendapatkan khidmat kaunseling,”jelasnya ketika ditemui dalam programDerma Darah di pasar raya, pada Khamis.

Namun begitu menurut Yahya, kes seperti itu tidak pernah berlaku di Sabah, namun pihak hospital sentiasa berwaspada dan akan sentiasa melakukan ujian mengikut prosedur dan SOP keselamatan yang tinggi bagi mengelak sebarang penyebaran atau jangkitan kuman pada darah.

 

 

-MRR

Tinggalkan komen anda