Pegawai Tadbir Terharu Terpilih Menjadi Tetamu Allah

WhatsApp Image 2018-08-10 at 15.16.20

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad / Mahmud Sulaiman (Sarawak)

KUCHING, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Sebi Abang seorang pegawai tadbir berasa gembira tidak terkira apabila terpilih menjadi tetamu Allah pada musim haji kali ini bersama-sama isterinya, Dayang Mordiah Awang Sidek.

“Segala tanggungjawab dan urusan penjagaan anak ditinggalkan kepada saudara mara untuk seketika demi menunaikan rukun Islam kelima,” kata Sebi yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, semalam.

Sebi memberitahu mereka mendaftar sejak tahun 2016 dan sentiasa berdoa agar terpilih secepat mungkin selagi tenaga masih kuat.

Sebahagian daripada jemaah haji yang berangkat mengerjakan ibadah haji kali ini.

Sebahagian daripada jemaah haji yang berangkat mengerjakan ibadah haji kali ini.

“Setiap kali musim haji saya dan isteri sentiasa berdoa agar dipercepatkan sehingga membuat rayuan sebanyak 3 kali kepada Tabung haji,” jelasnya.

Manakala Dayang Mordiah berkata hatinya sangat sedih kerana pada hari yang sama anak keempat mereka, Amirshahmin Sebi dipanggil temu duga kemasukan Izajah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

“Kami berharap dan berdoa semoga anak kami berjaya dan kami berserah kepada sauadara mara untuk menguruskan urusan temuduganya nanti. Kami tidak dapat buat apa-apa cuma berdoa agar sama-sama diberkati oleh Allah yang maha berkuasa kerana kita pergi mengikut jadual,” ujarnya lagi.

Sebelum Jemaah berlepas, Timbalan Pengarah Tabung Haji, Mohamad Salim menyeru para jemaah memberikan tumpuan sepenuhnya dalam mengerjakan ibadat tersebut dengan sempurna agar memperoleh haji yang mabrur.

Seramai 150 orang jemaah dengan jumlah keseluruhan seramai 1181 jemaah haji Negeri Sarawak dengan enam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke Tanah Suci dengan penerbangan terakhir adalah pada 15 Ogos 2018 ini.

-SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...