Kembara Merdeka Jalur Gemilang Suntik Semangat Patriotisme

Upacara pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang  2018

Laporan dan foto oleh: Tg. Saipulah Tg. Mohd / Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2018 yang disertai 133 peserta dengan 60 kenderaan termasuk 30 motosikal kuasa tinggi tiba di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 10 Ogos sebagai lokasi ketiga di negeri ini.

Orang ramai menunggu kehadiran konvoi KMJG 2018 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Orang ramai menunggu kehadiran konvoi KMJG 2018 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Konvoi yang bermula dari daerah Besut di ikuti daerah Setiu disambut meriah oleh orang ramai sejurus tiba di Pantai Batu Burok pada jam 3.40 petang. Pelbagai acara menarik disediakan kepada pengunjung. Antara pengisiannya ialah deklamasi sajak oleh pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Razali Ismail, Engku Muhammad Adli Adha Engku Din, penyampaian Jalur Gemilang kepada ketua jabatan kerajaan, persembahan buskers dan agihan Jalur Gemilang kepada orang ramai.

Pengarah Tanah dan Galian Terengganu (PTG), Tuan Haji Zainal Abidin Husin mewakili YAB Menteri Besar Terengganu menyempurnakan majlis itu dan membuat ‘flag off’ konvoi.

Mohd Ikram Rashid teruja bersama KMJG 2018

Mohd Ikram Rashid teruja bersama KMJG 2018

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Tuan Haji Suwadi Haji Guliling dan Pengarah  Jabatan Pendidikan Terengganu, Tuan Haji Sarifudin Ali Husien.

Bagi Mohd Ikram Rashid, 33 tahun yang juga seorang penjawat awam berkata program seumpama ini dapat menyuntik semangat patriotisme di kalangan rakyat berbilang kaum. “Semangat patriotisme ini perlu dipupuk sejak kecil dan kita perlu bersyukur dengan nikmat kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini” katanya.

 

EM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...