Persembahan Pengisahan Kenegaraan Meriahkan Sambutan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018

Persembahan Pengisahan Kenegaraan oleh Pewaris Seni Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.

Laporan dan foto oleh: Zulkifli Othman / Mahadi Mustafa (Terengganu)

DUNGUN, 12 Ogos (Malaysiaaktif) – Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun  dipilih sebagai lokasi persinggahan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2018 pada kali ini bagi Daerah Dungun. Ketibaan peserta konvoi disambut meriah oleh Pengarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun, Surveyor Haji Mohd Fikri Ismail bersama- sama dengan 1,000 orang mahasiswa yang turut hadir sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Persembahan Pengisahan Kenegaraan bertajuk Jejak Pahlawan yang dijayakan oleh kumpulan Pewaris Seni Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun sempena program ini berjaya memukau penonton dengan lakonan mantap berkisahkan tentang perjuangan Datuk Bahaman menentang penjajah Inggeris.

Nyanyian Lagu Jalur Gemilang oleh tetamu dan mahasiswa

Nyanyian Lagu Jalur Gemilang oleh tetamu dan mahasiswa

Pengarah Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia selaku Ketua Konvoi KMJG 2018, Lim Ann Teck berkata “konvoi kembara ini telah pun dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan bermula tahun 2001 dan mendapat sambutan meriah di seluruh Negara. Kembara ini menjadi aktiviti mempromosikan kempen kibar Jalur Gemilang sempena bulan kebangsaan di samping untuk meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cintakan kepada tanah air di kalangan rakyat berbilang bangsa.”

Pengarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Surveyor Haji Mohd Fikri Ismail dalam ucapan perasmian berkata, “dengan kehadiran konvoi KMJG berjaya menaikan semangat cintakan negara di kalangan mahasiswa. Program seperti ini sangat bermanfaat kepada semua masyarakat khususnya kepada anak-anak muda menghayati semangat Rukun Negara yang menjadi tonggak perpaduan dan amalan rakyat Malaysia serta menghargai perjuangan tokoh terdahulu dalam mencapai kemerdekaan.”

Penyerahan Jalur Gemilang oleh Pengarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin kepada Jabatan dan Agensi di Daerah Dungun

Penyerahan Jalur Gemilang oleh Pengarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin kepada Jabatan dan Agensi di Daerah Dungun

Wan Nur Amalia Wan Zainuddin, 18 tahun, Mahasiswa Kejuruteraan Elektrik (Komunikasi) berkata, beliau pertama kali terlibat secara langsung dalam sambutan Konvoi KMJG merasa amat teruja dan membangkitkan semangat  mencintai negara dalam diri yang semakin menebal.

Menurut penuntut Jurusan Kejuteraan Elektrik (Komunikasi) Nur Astirah Mohd Noor, berkata mahasiswa perlu mengambil bahagian dan perlu hadir di setiap program yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan kerana di situ ada info-info yang berguna untuk diri sendiri.

'Flag off' KMJG 2018 oleh Pengarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Surveyor Haji Mohd Fikri Ismail (empat dari kiri)

‘Flag off’ KMJG 2018 oleh Pengarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Surveyor Haji Mohd Fikri Ismail (empat dari kiri).

Sementara Muhammad Arif Azmi selaku pelakon utama dalam persembahan pengisahan kenegaraan begitu teruja dapat membuat persembahan di hadapan peserta-peserta konvoi KMJG yang datang menyebar maklumat tentang kemerdekaan negara dalam rangka mempromosi kempen kibar Jalur Gemilang

Antara pengisian lain dalam program ini termasuklah deklamasi puisi, nyanyian lagu-lagu rakyat dan persembahan buskers oleh mahasiswa Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Hadir sama Pengarah Jabatan Penerangan Terengganu, Haji Suwadi Haji Guliling, Wakil Pegawai Daerah Dungun, Tuan Haji Embong Mohd. Zin dan Wakil Ketua Polis Daerah Dungun, ASP Mohd Abdul Aziz Mohamad.

 

EM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...