Institusi Raja Penaung Kepada Kelangsungan Peradaban Bangsa

WhatsApp Image 2018-08-13 at 11.56.54

 

Laporan oleh : Noor Azian Saad / Foto oleh : Haji Bukhari Ismail

 

ALOR SETAR, 13 Ogos (Malaysiaaktif) – “Beta ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Memanda Menteri Besar, Datuk Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, yang kembali menerajui Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman setelah berjaya mendapat kepercayaan rakyat, semasa pilihan raya baru-baru ini” titah Sultan Salehhuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah semasa merasmikan Pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Kedah yang ke-14 pagi tadi di Dewan Mesyuarat DUN, Wisma Darulaman.

WhatsApp Image 2018-08-13 at 11.56.49

Titah baginda lagi, Kelestarian Kerajaan Kedah yang mampu bertahan dengan begitu lama adalah hasil manifestasi ungkapan “raja dan rakyat berpisah tiada”.

Hubungan resiprokal inilah yang berupaya mengekalkan keamanan, keharmonian dan kestabilan sehingga ke hari ini.

Kesinambungan selepas itu menjadi sejarah penting yang membuktikan bahawa peranan institusi raja jelas sebagai penaung kepada kelangsungan peradaban bangsa seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Kedah, Perkara 34(1). Peradaban sesuatu bangsa boleh dibentuk melalui kebersamaan identiti yang menjadi kebanggaan kita.

WhatsApp Image 2018-08-13 at 11.56.51 (1)

Identiti kenegerian seharusnya dijadikan sandaran untuk menjulang bahasa dan budaya orang Kedah, seperti bait-bait dalam lirik lagu negeri yang saban masa kita alunkan dengan penuh semangat, “negeri Kedah serata-rata”.

Bait ini mengingatkan kita untuk mempamerkan semangat dan identiti KEKEDAHAN yang boleh dicontohi oleh orang luar.

Jadilah pemimpin yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat, yang lebih mudah didekati, yang lebih ikhlas mendengar suara rakyat, terutamanya suara mereka yang dipinggirkan.

WhatsApp Image 2018-08-13 at 11.56.54 (1)

Jadilah pemimpin yang lebih beretika, yang lebih berintegriti, yang berani, yang berwawasan dalam memayungi perubahan dan pergerakan ini.

Jadilah pemimpin yang disegani, yang dapat memperkasakan rakyat menerusi sifat-sifat yang berkualiti, yang dapat mengubah pemikiran tidak relevan dalam dunia hari ini.

WhatsApp Image 2018-08-13 at 11.56.53

Beta yakin, pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang memimpin menerusi tingkah laku dan perbuatan yang baik dan bukannya sekadar menanam tebu di bibir.

Demikian antara titah ucapan Tuanku dihadapan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Ketua-ketua Jabatan dan pegawai tinggi Kerajaan Negeri Kedah.

Istiadat telah bermula pada pukul 8.30 pagi hari ini dimulakan dengan pemeriksaan kawalan kehormatan oleh  Tuanku Sultan Kedah.

WhatsApp Image 2018-08-13 at 11.56.56

Kawalan kehormatan sempena istiadat pada pagi ini telah disertai oleh tiga pegawai dan 102 anggota lain-lain pangkat dari Pasukan Simpanan Persekutuan, Kuala Lumpur dan diiringi dengan Pancaragam Polis DiRaja Malaysia Kedah.

Turut hadir bersama ke majlis ini ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Tunku Bendahara Kedah, Toh Puan Bendahara Kedah, Tunku Temenggong Kedah dan  Tunku Laksamana Kedah.

  • MRR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...