Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Dusun Durian Landak Tarikan Baharu Di Pontian

By 13 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan &  Foto oleh Mohamed Hirsham Bin Azmi ( Pontian)

 

PONTIAN, 13 Ogos  (Malaysiaaktif) – Dusun Durian Landak yang terletak di Kampung Air Putih, Pekan Nanas menjadi inisiatif baharu oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) bersama-sama badan-badan swasta bagi meningkatkan lagi potensi dan kebolehpasaran hasil dan produk watan khususnya di dalam Daerah Pontian.

Dusun ini akan disenaraikan sebagai salah satu destinasi pelancongan agro dibawah MOA melihatkan potensi yang ada dan secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi masyarakat di sekitarnya.

Perancangan Projek Resort yang akan diusahakan di Dusun Durian Landak

Perancangan Projek Resort yang akan diusahakan di Dusun Durian Landak

Tanah dusun yang berkeluasan 7.5 ekar ini mempunyai pesona yang tersendiri kerana terdapat anak sungai disamping haiwan landak yang hidup bebas di kawasan dusun tersebut. Bukan itu sahaja pengunjung yang datang boleh menikmati buah durian dan buah-buahan tempatan yang lain.

Menurut Abd Hadi, 41, berkata, sebelum ini hasil daripada dusun ini hanya dibawa dan dipasarkan di pasaran luar oleh kerana akses yang sukar untuk ke dusun beliau itu. Namun dengan usaha dan iltizam yang dizahirkan oleh beliau bersama-sama dengan kerajaan dan badan-badan swasta, mereka mampu membuka kawasan tersebut kepada orang ramai untuk menikmati buah-buahan terus dari dusun.

Abd Hadi yang merupakan pemilik dan pengusaha Dusun Durian Landak berkata lagi, selain daripada anak sungai, haiwan landak dan beberapa buah-buahan tempatan, dusun tersebut juga merupakan perintis penanaman baka durian yang baharu, iaitu Durian Nanas Merah.

Pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang untuk menikmati buah-buahan yang disediakan

Pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang untuk menikmati buah-buahan yang disediakan

“Durian Nanas Merah ini adalah inovasi anak tempatan bagi menghasilkan durian kampung yang setanding kualitinya dengan durian kacuk yang lain. Kami juga berhasrat untuk mengawal pengeluaran baka durian ini bagi mengawal harga durian tersebut serta menjadikannya ikon Dusun Durian Landak.

“Kami juga akan membina sebuah resort di dalam dusun ini yang berkonsepkan alam semulajadi dimana pengunjung yang hadir dapat  menikmati gaya hidup melayu tradisional serta dapat merasa buah-buahan di dalam dusun tersebut”, kata beliau.

Sementara itu, Abd Hadi ditemui semasa program perasmian Dusun Durian Landak beliau yang telah disempurnakan oleh Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Datuk  Salahuddin Ayub kelmarin.

  •  AA / MRR

 

 

 

 

Tinggalkan komen anda