Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Kerabat Johor Sertai KMJG 2018

By 13 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan oleh Mohd Shahqrul Azim Shaari
Foto Oleh Nurul Aini Mohd Kasran (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI , 13 Ogos ( Malaysia Aktif ) – Pelajar sekolah SMK Bandar Kota Tinggi, di sini hari ini cukup bertuah kerana sekolah mereka telah dipilih menjadi lokasi persinggahan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2018.
Kehadiran konvoi di “pit stop” ketiga di negeri Johor ini turut disertai oleh salah seorang ahli Kerabat Diraja Johor, Yang MuliaTunku Hassan ibni Tunku Mohamad Archibald yang turut sama berkonvoi menunggang motosikal berkuasa tinggi.

YM Tunku Hassan ( berlengan hijau ) bersama - sama vip yanh hadir menyanyikan lagu jalur gemilang

YM Tunku Hassan ( berlengan hijau ) bersama – sama vip yang hadir menyanyikan lagu jalur gemilang

Konvoi KMJG 2018 yang melibatkan penyertaan sebanyak 56 buah kenderaan pelbagai jenis yang terdiri daripada 30 buah motosikal berkuasa tinggi, dan 26 buah kenderaan pelbagai segmen, disertai seramai 133 orang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Persatuan Motosikal ST1300 dan Jabatan Penerangan Malaysia tiba di Dewan Jubli Perak SMK Bandar Kota Tinggi pada jam 12.00 tengahari tadi.

Ketibaan konvoi telah disambut oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi, Farizal Ismail bersama-sama dengan ketua-ketua jabatan di peringkat daerah diiringi paluan kompang dan bunga manggar.

Flag off yang disempurnakan oleh wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi

Flag off yang disempurnakan oleh wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi

Para peserta seterusnya dihiburkan dengan persembahan koir “Kita Punya Malaysia” yang dibawakan pasukan koir SMK Bandar Kota Tinggi, deklamasi sajak bertajuk “Aku Anak Merdeka” oleh adik Fizza Akilah, serta persembahan zapin “Selamat Datang” oleh pelajar SMK Bandar Kota Tinggi.

“Sewaktu peperangan di zaman dahulu, askar yang memegang panji atau benderalah yang akan cuba dibunuh oleh musuh dahulu. Hal ini kerana, jika askar yang memegang bendera berkenaan terbunuh dan bendera yang dipegang jatuh ke tanah, ini telah menunjukkan dari segi psikologinya pihak yang dilawan telah kalah.

Walaupun zaman kini kita tidak berada di zaman perang, tetapi jangan sesekali kita remehkan bendera Jalur Gemilang kerana inilah menunjukkan kehormatan negara kita,” ujar Farizal Ismail semasa menyampaikan ucapan beliau di sini.

Menurut salah seorang pelajar yang ditemui Malaysia Aktif, Nor Hidayu Hashim berkata, kehadiran konvoi yang julung kalinya singgah ke sekolah ini menggamit rasa bangga kepada dirinya.

“Saya dan kawan-kawan rasa gembira dengan kedatangan konvoi ke sekolah kami ini. Aktiviti yang diadakan seperti penyerahan bendera dan nyanyian lagu Jalur Gemilang nyata membangkitkan semangat patriotik dalam diri kami.

Pelajar SMK Bandar Kota Tinggi bergambar bersama salah seorang peserta konvoi KMJG 2018

Pelajar SMK Bandar Kota Tinggi bergambar bersama salah seorang peserta konvoi KMJG 2018

Kami juga seronok dapat bergambar dengan peserta konvoi dan kenderaan mereka. Kalau boleh datanglah lagi tahun hadapan,”katanya lagi.

Para peserta konvoi turut bergambar bersama pelajar-pelajar SMK Bandar dan turut melaungkan Sayangi Malaysiaku sebanyak 3 kali sebagai manifestasi kecintaan mereka kepada negara. Peserta konvoi seterusnya belepas ke daerah Johor Bahru bagi dan flag-off telah disempurnakan oleh Wakil Rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Zamri Safri.

• AA / MRR

Tinggalkan komen anda