Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Menteri Besar Johor Sambut Baik Konvoi KMJG 2018

By 13 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan : Nurul Azreen dan Khairun Nadiah

Foto : Foto KMJG 2018 

JOHOR BAHRU 13 Ogos (Malaysiaaktif)- Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG2018) memasuki hari ke 10 pada hari ini. Para peserta telah melalui perjalanan sejauh 254.7 km dan telah merentasi 3 daerah di Johor iaitu di Kluang,  Kota Tinggi dan Nusajaya. 

B6C167F1-442A-47A0-89A6-B91705E7BDB4

Kemeriahan konvoi kali ini dapat dirasai dengan kehadiran Yang Mulia Dato’ Tunku Omar Ibni Tunku Muhammad dan Yang Mulia Dato Tunku Hassan Ibni Tunku Muhammad yang bersama-sama sertai Kembara Merdeka pada kali ini.

492080BD-2594-42DF-84E1-8697C6512968

 

023B44C6-200F-4A41-8637-34E78340582C

Bagi pit stop yang pertama, peserta KMJG 2018 telah berkunjung ke Dewan Taman Sri Lambak Kluang dan kehadiran peserta KMJG 2018 telah disambut dengan meriah oleh penduduk di sana.

8F8D3165-00C0-4E71-929E-7DB56D9D1BEA

 Antara acara yang disediakan adalah deklamasi sajak  yang begitu puitis diperdengarkan.

BA65D8DF-1D3F-4AD1-B7B3-0DFFA4FAC75B

Seterusnya peserta KMJG 2018 bergerak ke pit stop seterusnya iaitu di SMK Bandar Kota Tinggi. Di sini kemeriahan dapat dirasai dengan tarian yang sememangnya simbolik bagi negeri Johor iaitu tarian Zapin yang di persembahkan oleh pelajar-pelajar di sekolah ini.

0F9C249E-4B0E-4083-861F-12AEC4E51945

4187ACC0-E4FD-4B13-A302-9570561D8148

Bagi pit stop yang terakhir, konvoi KMJG 2018 bergerak terus ke Johor Baharu untuk Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Johor 2018. Majlis ini  telah di sempurnakan oleh Menteri Besar Johor, iaitu Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian. 

864D534F-42E5-4F1E-958A-F5503D0A4D20

“ Dengan memahami apa itu erti kemerdekaan ia sekaligus dapat memupuk pemuafakan antara kaum” ujarnya. 

Selain itu beliau turut menyatakan bahawa perpaduan adalah sumber kekuatan dan kunci kejayaan bagi sesebuah negara.

6671D8C8-3405-4BFA-9D14-5D5185500826

Majlis telah berlangsung dengan cukup meriah dan pelepasan konvoi juga telah dilakukan oleh Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian.

 

 

Tinggalkan komen anda