Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

KMJG Kuala Krai Disambut Meriah

By 16 Ogos 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan: Mohd Zulfadli Ab Hamid      Foto: Suhaimi Nik Wil (Kuala Krai)

KUALA KRAI, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2018 Peringkat Daerah Kuala Krai disambut meriah masyarakat di daerah ini sempena kempen kibar Jalur Gemilang dan Sambutan Bulan Kebangsaan 2018.

Menurut Ketua Konvoi, Saufi Ab Ghani, konvoi yang bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’ ini bertujuan menyeru rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cinta kepada negara dan meningkatkan semangat patriotisme dalam jiwa setiap rakyat.

“Aktiviti sebegini perlu diteruskan setiap tahun kerana ianya dapat membangkitkan semangat kepada seluruh rakyat negara ini tanpa mengira agama, bangsa dan budaya,” katanya ketika ditemui sebelum pelepasan peserta di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krai, di sini hari ini.

Saufi (kiri) menyampaikan Jalur Gemilang kepada wakil jabatan dan agensi.

Saufi (kiri) menyampaikan Jalur Gemilang kepada wakil jabatan dan agensi.

Sementara itu Penolong Ketua Jajahan Kuala Krai, Ahmad Syazwan Mohd Hassan menyifatkan program anjuran Jabatan Penerangan ini cukup baik.

“Langkah Jabatan Penerangan dalam mengadakan program sebegini amat bertepatan dengan slogan ‘Sayangi Malaysiaku’ dan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya perpaduan di negara ini,” ujarnya ketika melepaskan peserta konvoi, siang tadi.

Sebanyak 17 kenderaan daripada pelbagai agensi kerajaan pusat dan negeri serta 20 buah motosikal telah menyertai konvoi ini.

Sempena program ini juga, peserta konvoi turut bersama-sama membersihkan Tanah Perkuburan Kg. Manek Urai Lama bagi memupuk amalan kerjasama di samping memberi kesedaran dan tidak melupakan mereka yang telah menghadap Ilahi.

-SH

Tinggalkan komen anda