Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Sekitar Majlis Perasmian MyMerdeka ‘Sayangi Malaysiaku’

By 17 Ogos 2018Tiada komen1 minit bacaan

laporan : Nurul Azreen dan Khairun Nadiah
Foto : Foto KMJG2018

SHAH ALAM 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Hari ini berlangsungnya Majlis Perasmian MyMerdeka ‘Sayangi Malaysiaku’ Yang bertempat di Mydin USJ, Subang Jaya.

F906C568-82F7-483A-BC8B-98ADAF484332

Majlis perasmian tersebut telah dihadiri oleh ADUN Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze, Pengarah Penerangan, Jabatan Penerangan Malaysia, Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin serta para peserta konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG2018).

EE501FEF-295E-46A5-86A5-8703889BF557

Majlis telah berlangsung cukup meriah dengan persembahan pembukaan oleh artis Pentarama, Jabatan Penerangan Malaysia yang telah mendendangkan beberapa buah lagu patriotik antaranya, Pewira, Malaysia, dan Aku Negaraku.

3F21F1AC-4AF0-42EB-8D76-B5B24173AE35

Ucapan alu-aluan  telah disampaikan oleh ADUN, Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze  yang menyentuh  topik Semangat Patriotisme dalam kalangan masyarakat dan sekaligus merasmikan Program MyMerdeka ‘Sayangi Malaysiaku’.

4524414D-E37B-4BA2-92F1-C608CBE74F84

8FDA96CD-0CA2-4D74-AB9B-2466B6A6AD2B

“Program MyMerdeka ini adalah salah satu inisiatif dalam meningkatkan kesedaran rakyat terhadap Sambutan Bulan Kebangsaan”

E74B8884-0676-4D67-AB9C-37C0A000B924 65BE3220-C810-4BF2-A657-39BC878FE9F1

Antara organisasi yang turut menyertai program ini adalah, Bahagian Penerbitan Dasar Negara (BPDN), Bahagian Komunikasi Visual Senireka (BKVS), Jabatan Penerangan Malaysia, Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

41E9312A-EC66-4CE8-8C67-13A9657BE153

Majlis diakhiri dengan pelepasan para peserta konvoi KMJG2018 yang telah dilakukan oleh Michelle Ng Mei Sze dalam kiraan lima, konvoi KMJG2018 terus bergerak ke destinasi seterusnya.

Tinggalkan komen anda