Skip to main content
Berita TengahHomePutrajaya

Di Sebalik Tabir Julang Semangat Hari Kebangsaan

By 25 Ogos 2018Tiada komen4 minit bacaan

 

Laporan Oleh : Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya) / Foto Oleh : Khirul Nizam Zanil & Muhammad Rizal Redzuan

PUTRAJAYA, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Bagi 135 peserta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 (KMJG18) tugas anggota Polis Traffik yang bersama menyertai konvoi ini sangat menakutkan.

Salah seorang Peserta KMJG18 dari PDRM

Salah seorang Peserta KMJG18 dari PDRM

Cara penunggangan mereka yang sangat laju termasuk di jalan yang berliku, sibuk dan licin mencelah-celah di jalanraya kelihatan cukup berbahaya.

WhatsApp Image 2018-08-17 at 14.40.54

Konvoi yang dilancarkan oleh Perdana Menteri di Padang Kota Lama George Town, Pulau Pinang pada 4 Ogos lalu anak menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia bermula 3 Ogos 2018 akan berakhir pada 31 Ogos 2018 di Dataran Gemilang Putrajaya.

Adakalanya ditengah panas terik mereka perlu berlari di tengah jalan bagi memastikan kelancaran lalulintas

Adakalanya ditengah panas terik mereka perlu berlari di tengah jalan bagi memastikan kelancaran lalulintas

Bersama konvoi ini selain menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat, mereka juga memastikan kelancaran konvoi supaya sentiasa tiba tepat pada masanya ialah pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ).

Seawal 6.45 pagi, pasukan keselamatan telah mula bersenam bagi memastikan kecergasan diri berada pada tahap maksimum

Seawal 6.45 pagi, pasukan keselamatan telah mula bersenam bagi memastikan kecergasan diri berada pada tahap maksimum

Menurut Ketua Pasukan PDRM untuk KMJG18, ASP Rudy Sharizal Ilham, setiap anggota sudah biasa mempetaruhkan nyawa demi keselamatan orang lain. Bagi orang awam ia sangat menakutkan dan penuh dengan bahaya, tetapi bagi anggota keselamatan ia ialah rutin harian.

Setipa hari dimuali dengan doa memohon keselamatan peserta konvoi dan pengguna jalanraya - ASP Rudy Sharizal Ilham

Setipa hari dimuali dengan doa memohon keselamatan peserta konvoi dan pengguna jalanraya – ASP Rudy Sharizal Ilham

Pasukannya terdiri daripada 14 orang peserta dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), sebuah kereta dan 11 buah motor telah berkonvoi selama hampir sebulan. Katanya, keluarga mereka sudah faham dengan tugas sebagai anggota polis yang biasa bekerja walaupun pada hari raya.

Keluarga kami sudah faham dengan tugas sebagai anggota polis yang biasa bekerja walaupun pada hari raya - ASP Rudy

Keluarga kami sudah faham dengan tugas sebagai anggota polis yang biasa bekerja walaupun pada hari raya – ASP Rudy

Tugasan polis termasuk anggota traffik penuh dengan risiko. Menunggang motorsikal dengan laju bagi memastikan keselamatan dan kelancaran semua pengguna jalanraya ialah tugas utama polis traffik, ujarnya.

Memastikan keselamatan dan kelancaran semua pengguna jalanraya ialah tugas utama polis traffik, ujarnya.

Memastikan keselamatan dan kelancaran semua pengguna jalanraya ialah tugas utama polis traffik, ujarnya.

Ujar Rudy, cabaran utama pihak keselamatan ialah memastikan konvoi KMJG18 tiba tepat pada masanya sedangkan keadaan jalanraya dan sikap pengguna tidak boleh diramal.

PDRM juga berperanan menjadi penunjuk jalan kepada KMJG2018

PDRM juga berperanan menjadi penunjuk jalan kepada KMJG2018

Rudy menyeru kepada orang ramai supaya memberi kerjasama penuh kepada pihak keselamatan yang menjalankan tugas. Apabila mendengar siren dan melihat lampu polis, sila beri laluan. Semua ini untuk kebaikan semua pihak.

Dengan memberi kerjasama kepada pihak PDRM, segalanya akan berjalan dengan lebih mudah dan lancar

Dengan memberi kerjasama kepada pihak PDRM, segalanya akan berjalan dengan lebih mudah dan lancar.

Ada segelintir pengguna jalanraya yang kurang memberi kerjasama dan membahayakan semua pihak, katanya lagi.

"Saya sentiasa berdoa agar semuanya berjalan lancar sepanjang KMJG18 - Tan Kim Beng

“Saya sentiasa berdoa agar semuanya berjalan lancar sepanjang KMJG18 – Tan Kim Beng

Ketua Pasukan yang juga Pegawai Jabatan Pengankutan Jalan, Tan Kim Beng, berkata, JPJ menyahut jemputan Jabatan Penerangan Malaysia kerana ingin melakukan sesuatu bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.

Aksi Tan Kim Beng di tengah jalanraya yang sibuk.

Aksi Tan Kim Beng di tengah jalanraya yang sibuk.

Tiga peserta dari Jabatan Pengankutan Jalan Putrajaya, katanya.

Menurut Kim Beng, ini tahun kedua mereka bersama KMJG.

Sentiasa menceriakan suasana

Sentiasa menceriakan suasana

WhatsApp Image 2018-08-17 at 14.46.05

Antara pengorbanan yang terpaksa dibuat ialah meninggalkan keluarga selama sebulan.

Istimewanya KMJG yang merangsang mereka untuk terus bersama konvoi ini ialah, dapat bergaul dengan semua kaum di Malaysia dan dapat melihat sendiri semangat patriotik dari peringkat kanak-kanak hingga orang tua dari pelbagai kaum, ujarnya.

Tan Kim Beng turut mengedarkan Jalur Gemilang kepada pengguna jalanraya.

Tan Kim Beng turut mengedarkan Jalur Gemilang kepada pengguna jalanraya.

Seorang peserta konvoi yang menunggang motorsikal berkusa tinggi ST1300 yang juga Guru Tingkatan Enam dari Keluang Johor, Zainal Abidin Jelani, 57 tahun berkata, dia telah berjaya mengikut konvoi sehingga hampir dipenghujungnya.

Semnagat saya menjulang-julang dan berkobar-kobar untuk mengikuti KMJG18 sehingga tamat kerana ia dilancarkan Tun Dr. Mahathir - Zainal Abidin Jelani

Semangat saya menjulang-julang dan berkobar-kobar untuk mengikuti KMJG18 sehingga tamat kerana ia dilancarkan Tun Dr. Mahathir – Zainal Abidin Jelani

Menurutnya, dia sangat bersemangat kerana Pelancaran kali ini di lakukan oleh Tun Dr. Mahathir.

“Apabila disebut Tun Dr. Mahathir, meremang bulu roma saya, kerana beliau idola saya, atas dasar-dasar beliau termasuk Dasar Pandang ke timur telah memberi saya banyak manfaat,” ujarnya.

Dia sangat gembira kerana konvoi ini sangat berdisplin.

Zainal Abidin Jelani merakam ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga dan rakan-rakan guru serta para pelajar beliau kerana mengizinkan beliau bersama konvoi untuk negara ini.

Zainal Abidin Jelani merakam ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga dan rakan-rakan guru serta para pelajar beliau kerana mengizinkan beliau bersama konvoi untuk negara ini.

Antara cabaran yang perlu dilalui beliau bagi mengikuti konvoi ini ialah, dia terpaksa meninggalkan isteri tersayang dan anak-anak.

Selain itu, terpaksa juga mengambil cuti tanpa rekod dan meninggalkan pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

Antara ahli dan motorsikal pasukan ST1300 MMC

Antara ahli dan motorsikal pasukan ST1300 MMC

Zainal amat berterima kasih kepada rakan-rakan guru lain yang sedia mengambil tanggungjawab mengantikan kelas beliau.

Dia reda tidak dapat bersama keluarga pada hari raya korban pada tahun ini.

Sikap mesra dan suka membantu menyebabkan Zainal disukai oleh semua peserta konvoi.

Sikap mesra dan suka membantu menyebabkan Zainal disukai oleh semua peserta konvoi.

“Kami perlu menunggang dalam hujan atau panas bagi memastikan tiba di setiap check point tepat pada masanya,” katanya.

“Adakalanya berhadapan dengan hujan hujan lebat hingga pakaian basah, diteruskan hingga pakaian basah tadi menjadi kering. Kami berhenti hanya pada waktu solat,” katanya lagi.

Menurut Zainal, mereka biasanya mula bergerak pukul 8.00 pagi dan mula rehat biasanya pukul 5.00 petang.

WhatsApp Image 2018-08-17 at 14.58.39

Perlu lupakan rasa takut demi keselamatan semua pengguna jalanraya jika ingin menjadi Polis Traffik – Lans Koperal Salbini Sapian

Seorang lagi peserta konvoi yang juga anggota Polis Traffik, Lans Koperal Salbini Sapian berkata, ini kali pertama mengikut konvoi.

Melalui konvoi ini dia mendapat pengalaman baru dan dapat merapatkan silaturahim dengan semua anggota konvoi.

Sebahagian dari motorsikal PDRM dalam konvoi KMJG18

Sebahagian dari motorsikal PDRM dalam konvoi KMJG18

Beliau berikrar akan meredah hujan atau panas dalam memastikan konvoi tiba tepat pada masanya.

 

Tinggalkan komen anda