Bandar Baharu Raikan Sayangi Malaysiaku

IMG-20180817-WA0028

 

Laporan oleh : Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU,17 Ogos (Malaysiaaktif)- Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2018 Peringkat Daerah Bandar Baharu telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh Serdang hari ini dan dihadiri kira kira seramai lebih 350 orang.

IMG-20180817-WA0020

Program anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu dan Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh ini adalah acara tahunan setiap kali tibanya sambutan bulan Kebangsaan setiap tahun.

Sekolah ini juga pernah menjadi johan bagi kategori Sekolah dan Pintu Gerbang dalam Pertandingan Keceriaan sebelum ini.

IMG-20180817-WA0022

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Bandar Baharu, Siti Nor Asikin Haria, 34 beliau berasa sungguh teruja kerana sambutan kemerdekaan kali ini pastinya akan lebih bermakna dengan terbentuknya kerajaan baharu sesuai dengan slogan temanya iaitu “Sayangi Malaysiaku”.

IMG-20180817-WA0023

 

Beliau juga berharap rakyat akan bersama-sama dengan kerajaan untuk lebih bersemangat dalam menyambut hari kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di mana-mana sahaja.

Menurutnya lagi. Sambutan kemerdekaan perlu diadakan di sekolah-sekolah untuk menyemai semangat cintakan tanahair kita sejak kecil lagi agar bila dewasa anak-anak ini akan lebih berjiwa patriotik.

Program ini telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Bandar Baharu Mohamad Izwan Mohd Omar, dalam ucapan perasmiannya saya” berharap sambutan kemerdekaan kali ke 61 ini akan lebih bermakna kerana Tun M telah dilantik menjadi Perdana Menteri buat kali kedua dan katanya lagi “ sebagai rakyat kita jangan mudah lupa jasa dan pengorbanan pemimpin dan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita dahulu ujarnya.

IMG-20180817-WA0025

Seramai 31 orang termasuk Guru Besar dan Pengetua sekolah serta wakil dan 19 orang ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan sekitar Daerah Bandar Baharu telah menerima Jalur Gemilang masing-masing pada majlis penyerahan Jalur Gemilang yang menjadi kemuncak pada program hari ini.

IMG-20180817-WA0027

Menurut seorang penerima Jalur Gemilang iaitu Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Selama, Abdul Rahim Jaafar, beliau berterima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu kerana saban tahun tidak pernah lupa menjemput semua sekolah untuk bersama-sama memeriahkan sambutan bulan kebangsaan di samping membuat edaran bendera kepada sekolah, ujarnya.

IMG-20180817-WA0024

Turut diadakan adalah persembahan pakaian beragam bertemakan Jalur Gemilang bagi murid-murid sekolah dan para guru, persembahan koir lagu patriotik dari Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang, persembahan Sketsa Drama Sebabak dan melekatkan bendera pada kenderaan.

IMG-20180817-WA0026

Turut hadir bersama adalah Penyelia Kanan Hal Ehwal Murid mewakili Pegawai Pendidikan Kulim/Bandar Baharu Wahai Anuar Hanafiah, dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh, Ramli Mohd Saad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...