Skip to main content
HomeLabuan

Program ‘Edidih Badudun Kitani 2018’ Tarik 3 Ribu Pengunjung

By 28 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan Foto Oleh: Mohd Faizal Mansor/ Jeffrey Nian/ RTM Labuan (Labuan)

LABUAN, 28 Ogos (MalaysiaAktif) – Lebih 3 ribu pengunjung hadir Program ‘Edidih Badudun Kitani 2018’ anjuran LabuanFM dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang Labuan melaksanakan program radio di lokasi.

Dengan tema ‘Edidih…Badudun ke Peladang Kitani’ program itu  berlangsung selama dua hari iaitu pada 25 dan 26 Oqos 2018 yang lalu di Kompleks Lembaga Pertubuhan Peladang Labuan

Rohani (kanan sekali) menyampaikan cenderahati kepada salah seorang pengunjung.

Rohani (kanan sekali) menyampaikan cenderahati kepada salah seorang pengunjung.

Program itu juga merupakan platform untuk pendengar setia bersemuka dengan selebriti-selebriti Edidih, yang mana ia merupakan satu segmen bahasa tempatan menggunakan dialek Brunei Kedayan yang bersiaran di LabuanFM bermula pukul 3 hingga 5 petang setiap hari.

Menurut Penerbit Program, Hashimah Hassan, program Edidih telah bersiaran lebih 15 tahun dan segmen ini dibawa ke lokasi merupakan penganjuran kali ke-10 diadakan di mana menerusi program ini juga, LabuanFM dapat menerima maklum balas daripada pendengar secara bersemuka.

Ujar Hashimah lagi, ia juga memartabatkan bahasa Brunei dan Kedayan di samping adat dan budayanya dalam menarik golongan muda untuk turut sama berusaha mengekalkan budaya dan adat resam Brunei dan Kedayan ini. Dalam masa yang sama juga ia  dapat memberi peluang kepada peniaga-peniaga tempatan dan juga Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk memasarkan produk-produk mereka kepada pengunjung yang hadir.

Pertandingan Kucing Tercantik yang menjadi salah satu tarikan pengunjung

Pertandingan Kucing Tercantik yang menjadi salah satu tarikan pengunjung

Pelbagai acara diadakan bagi memperkukuhkan bahasa, budaya dan adat resam tempatan di sini antaranya, pertandingan memais lauk, pertandingan menutuk sambal belacan dan menumpah ambuyat yang merupakan makanan tradisi Brunei-Kedayan.

Turut diadakan, gerai jualan serta pameran dari agensi- agensi yang terlibat, acara pentas bersama juruhebah LabuanFM dan Selebriti Edidih, persembahan kebudayaan, persembahan nyanyian Selebriti Edidih dan Residen Artis LabuanFM serta artis jemputan Bob Yusof.

Turut hadir, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, Hamzah Bahari dan Pengarah Penyiaran Labuan, Rohani Harithuddin.

 

EM

Tinggalkan komen anda