Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau Pinang

Jom Sihat Lahir Generasi Wanita Aktif

By 31 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & Foto : Nurul Wahida Mohamad Noor (Seberang Perai Tengah)
BUKIT MERTAJAM, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Kepentingan memupuk amalan gaya hidup seimbang dalam kalangan wanita merupakan salah satu matlamat yang telah diketengahkan oleh Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Puspanita Daerah Seberang Perai Tengah dengan menganjurkan Program Jom Sihat! Generasi Wanita Aktif, di sini baru-baru ini.

Program ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah serta melibatkan seramai 170 orang peserta yang terdiri daripada kaum wanita yang merupakan penjawat awam dari sekitar Daerah Seberang Perai Tengah.

Peserta didedahkan dengan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan diri melalui penyediaan menu makanan yang sihat melalui demo masakan oleh Chef Lin, dan juga seminar Gaya Hidup Sihat oleh Kevin Zahri yang menerangkan teknik-teknik senaman yang dapat dan sesuai dilakukan. Sementara itu, sesi pagi turut dimeriahkan dengan acara Zumba yang dikendalikan oleh Instruktor Linda Jelita.

Kevin Zhari menunjukkan cara melakukan senaman dengan betul

Kevin Zhari menunjukkan cara melakukan senaman dengan betul

Salasiah Hussein, yang merupakan salah seorang peserta program berharap program ini dapat diadakan dalam beberapa siri lagi bagi memberikan kesedaran dan pengetahuan terutamanya dalam teknik-teknik senaman yang dapat dilakukan.

Ia juga selaras dengan hasrat memantapkan golongan wanita yang menjadi nadi pembentukkan keluarga yang sejahtera serta modal insan yang jitu, katanya.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Datin Seri Ir. Hajah Hamidah Mat Daud, Pengerusi Puspanita Negeri Pulau Pinang dan turut hadir sama di program tersebut adalah Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Mohd Ali Sabran.

24B6A811-FCC0-481C-B2BE-715FE05CE7C9

ER

Tinggalkan komen anda