Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Pertunjukan Akrobatik Motosikal Curi Tumpuan Sambutan Hari Kebangsaan Selangor

By 31 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan Foto: Mohd Zaid Awang (Selangor)

SHAH ALAM, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Persembahan Pasukan Akrobatik Red Army Warrior, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mencuri tumpuan pengunjung sambutan ambang dan Hari Kebangsaan 2018 peringkat negeri Selangor yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini malam tadi.

Kontinjen Persatuan Veteran ATM antara 62 pasukan yang mengambil bahagian acara perbarisan Hari Kebangsaan 2018 peringkat negeri Selangor di Shah Alam, malam tadi.

Kontinjen Persatuan Veteran ATM antara 62 pasukan yang mengambil bahagian acara perbarisan Hari Kebangsaan 2018 peringkat negeri Selangor di Shah Alam, malam tadi.

Hampir 10,000 penonton yang menyaksikan persembahan tersebut memberi sorakan dan tepukan gemuruh setiap kali disajikan formasi dan aksi yang mendebarkan yang memerlukan kemahiran dan kawalan motosikal yang tinggi.

Aksi kontinjen perbarisan Tourism Selangor sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Selangor.

Aksi kontinjen perbarisan Tourism Selangor sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Selangor.

Persembahan akrobatik motosikal itu merupakan salah satu pertunjukan hebat sambutan tahun ini, selain persembahan tarian perang, kawad senyap, persembahan kebudayaan dan perbarisan kontinjen yang juga mendapat tepukan gemuruh penonton.

Sebanyak 62 kontinjen menyertai perbarisan yang terdiri daripada pelbagai jabatan, badan berkanun, pejabat daerah, badan beruniform, pasukan pacaragam sekolah, syarikat swasta dan persatuan veteran ATM yang segak bergaya berpakaian unik sambil berkawad.

Amirudin bersama jemputan melaungkan 'merdeka' sebanyak tujuh kali tepat detik 12 tengah malam.

Amirudin bersama jemputan melaungkan ‘merdeka’ sebanyak tujuh kali tepat detik 12 tengah malam.

Pengunjung kelihatan hadir ke Dataran Merdeka seawal 7.45 malam walaupun acara bermula sejam kemudian melalui persembahan memukau dua artis terkenal tanahair, Erni Zakri dan Hael Husaini.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari tiba 9.25 malam bersama isteri, barisan Exco dan kepimpinan negeri serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Amirudin (empat dari kanan) bergambar bersama Pasukan Akrobatik Red Army Warrior.

Amirudin (empat dari kanan) bergambar bersama Pasukan Akrobatik Red Army Warrior.

Beliau turut bersama hadirin melafazkan ikrar Rukun Negara yang diketuai wakil-wakil badan beruniform sebelum melaungkan ‘merdeka’ sebanyak tujuh kali tepat detik 12 tengah malam dan menyaksikan persembahan bunga api.

 

-NAZ

Tinggalkan komen anda