Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Maklum Balas Belia Penting Dalam Pembangunan Negara

By 7 September 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & Foto :Mohd Baharruddin Mohamad / Dyg Kina (Sarawak)

DALAT, 7 Sep (Malaysiaaktif) –  Belia masa kini merupakan pelapis kepada kepimpinan negera pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu Seramai 103 orang belia Dalat menyertai Program Transformasi Belia yang bertemakan “Kawan Ku Sayang, Keluarga Ku Kenang”. Program tiga hari  tersebut bermula semalam dan akan berkahir 8 September, belangsung di  Stadium Perpaduan Dalat.

Majlis perasmian Program telah disempurnakan oleh Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan,Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak pagi tadi.

Menurut Fatimah, Sesi sembang bersama belia harus dianjurkan dengan kerap supaya wakil rakyat boleh mendengar saranan dan perkara yang perlu diberi perhatian berdasarkan soalan yang diutarakan oleh para belia.

Fatimah (berbaju putih) menjawab soalan yang diutarakan

Fatimah (berbaju putih) menjawab soalan yang diutarakan

“Menerusi sesi sembang yang diadakan, pelbagai isu dan solusi yang telah diutarakan serta dicadangkan oleh belia yang hadir”,ujarnya.

Antaranya ialah peluang pekerjaan, bantuan pendidikan, akses internet, komputer riba untuk pelajar, pengangkutan, klinik kesihatan, fasiliti seperti gelanggang futsal, padang bola sepak dan kemudahan asas yang lain.

Fatimah yang juga merupakan ADUN bagi kawasan N.56 Dalat telah meluluskan permohonan komputer riba untuk kegunaan pelajar Tingkatan 6 Atas di SMK Oya serta melulusakan permohonan pembinaan gelanggang Futsal Kg. Senau.

Antara belia yang hadir dan mengutarakan soalan kepada Fatimah

Antara belia yang hadir dan mengutarakan soalan kepada Fatimah

Beliau turut menyarankan agar setiap Ketua Kampung melantik sekurang-kurangnya dua orang belia untuk bersama jawatankuasa kampung untuk melihat perspektif belia untuk kemajuan dan pembangunan, urusan kebajikan, keselamatan dan sebagainya.

Program ini adalah anjuran bersama Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak dengan kerjasama Saberkas Negeri Sarawak Cawangan Dalat.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah En. John Narong wakil Pegawai Daerah Dalat,  Paul Kawin Pipo wakil Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato’ Dr. Haji Malike Mahli, Pengerusi SABERKAS Cawangan Dalat, Ketua-Ketua Jabatan dan Pemimpin Masyarakat tempatan.

ER

Tinggalkan komen anda