Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Pengamal Media Mula Berhimpun

By 8 September 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

CHERAS, 8 Sep (Malaysiaaktif) – Para pengamal media mula berada di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) (SJKC) Batu 11, di sini, seawal 6.30 pagi tadi untuk membuat liputan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Biarpun terdapat lagi 15 pusat pengundian yang dibuka, tumpuan seakan terarah di sini kerana salah seorang calon bertanding, Tan Chee Teong dari MCA membuang undinya di sini.

Petugas media membuat liputan di SJKC Batu 11, di sini pagi tadi.

Petugas media membuat liputan di SJKC Batu 11, di sini pagi tadi.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH) Wong Siew Ki, tidak membuang undinya kerana beliau merupakan pengundi berdaftar di DUN Seri Kembangan namun turut kelihatan di pusat pengundian ini sekitar 9.40 pagi tadi bagi melihat proses pengundian berlangsung.

PRK DUN Balakong diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chee dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lalu.

Proses penjumlahan undi bagi DUN Balakong akan dilakukan di Dewan Utama Demense, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat dan keputusan dijangka diumumkan seawal 9 malam ini.

-SH

Tinggalkan komen anda