Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Jalur Gemilang Gergasi Dihasilkan Dengan Dulang Telur

By 13 September 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & Foto : Mohd Baharruddin Mohamad / Jaed Tepus (Sarawak)

KUCHING, 13 Sep (Malaysiaaktif) – Replika Jalur Gemilang bersaiz sebesar 140 kaki x 70 kaki berjaya dihasilkan oleh  pelajar  SMK Tun Abang Haji Openg menggunakan dulang telur terpakai sempena Sambutan Perayaan Hari Malaysia tahun ini. 

Sebanyak 9800 keping dulang telur terpakai digunakan dalam penghasilan replika bendera gergasi tersebut  dengan mencatat masa satu jam dua puluh lima minit untuk disiapkan. 

Affidah (Pengetua), berlatar belakangkan replika Jalur Gemilang Gergasi

Affidah (Pengetua), berlatar belakangkan replika Jalur Gemilang Gergasi

Pengetua SMK Tun Haji Openg,Kuching, Affida Helmi berkata, program ini bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air sambil mengasah dan menonjolkan bakat dengan secara tidak langsung akan meningkat lagi imej SMK Tun Abang Haji Openg di peringkat yang lebih tinggi. Beliau berkata demikian semasa merasmikan program pembentukan Domino Jalur Gemilang Gergasi bertempat di bertempat di Tapak Perpaduan, SMK Tun Abang Haji Openg pagi tadi.

tambah beliau lagi, seramai 116 orang pelajar terlibat dalam penyusunan, 185 orang pelajar dan 15 orang guru dan kakitangan terlibat mengecat, manakala dulang telur yang digunakan adalah sumbangan daripada pelajar sekolah tersebut.

Antara pelajar yang telibat

Antara pelajar yang telibat

 “Objektif program ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanah air, berdisiplin dan berkerjasama di samping untuk mengeratkan silaturahim dikalangan pelajar,guru,kakitangan dan pihak PIBG.”

“Antara lain adalah  memperkenalkan ciri-ciri bendera kepada pelajar sebagai identiti negara Malaysia serta memupuk semangat patriotisme dalam kalangan warga sekolah khususnya generasi muda,jelasnya.”

Di samping itu beliau menjelaskan dengan adanya program seperti ini dapat melahirkan murid yang kreatif dan inovatif sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan meningkatkan imej sekolah,ujar beliau lagi.

“Dalam tahun depan pihak SMK akan berusaha membuat sekali lagi dan membuat lebih besar dari saiz bendera sekarang dan berharap serta bertekad untuk menjemput dan makluman kepada pihak Malaysia Book of Record,” tambahnya.

Pelajar memberi tumpuan menyiapkan replika Jalur Gemilang

Pelajar memberi tumpuan menyiapkan replika Jalur Gemilang

Salah seorang guru yang terliabat, Sim Guan Meng, 55 berasal dari Kuching iaitu daripada kalangan 15 orang guru yang akan bersara dan telah berkhidmat selama 21 tahun di sekolah tersebut berkata, ini adalah sejarah yang saya tinggalkan untuk kenangan semasa bersara nanti. 

Menurut Rezza Abu Samah,16 pelajar sekolah tersebut, beliau berasa bangga dan gembira kerana dapat bersama-sama dengan pelajar lain menjayakan program ini, dengan kerjasama  yang dizahirkan dikalangan pelajar adalah sangat penting sekali jika kita menjayakan sesuatu program seperti ini,ujarnya.

Turut hadir dalam pelancaran tersebut Yang Dipertua PIBG, Jasni Jobli, semua warga dan kakitangan SMK Tun Abang Haji Openg semua pelajar sekolah tersebut.

ER

Tinggalkan komen anda