PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Sempena Hari Malaysia 2018

1953B35C-428B-4B54-83E7-1927AD8EB946

Laporan & Foto : Edi Rizam Kassim (Putrajaya)

KOTA KINABALU, 14 Sep (MalaysiaAktif) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sehingga 50 peratus saman kesalahan trafik yang dikeluarkannya sempena Sambutan Hari Malaysia 2018 bermula hari ini bertempat di Padang Merdeka Kota Kinabalu.

Tawaran diskaun saman tersebut dikelora oleh PDRM menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Sabah dan menariknya tawaran diskaun ini bukan hanya meliputi saman yang dikenakan dalam negeri Sabah sahaja bahkan merangkumi saman yang dikenakan di seluruh Malaysia.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sabah, Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, diskaun ini akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga 16 September bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang di booth PDRM.

Zamzuri ketika ditemurah

Zamzuri ketika ditemurah

“Pihak kami menyediakan dua kaunter semakan dan empat kaunter bayaran, tetapi orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan dahulu dimana – mana Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran bagi mendapatkan slip maklumat saman mereka untuk memudahkkan proses pembayaran, dan setakat pukul 3.00 petang ini pihak kami telah menerima penjelasan saman sebanyak 129,700 ringgit dengan anggaran 3000 orang pengunjung.

Orang ramai terus berbaris walaupun hujan

Orang ramai terus berbaris walaupun hujan

“Namun, lima kesalahan yang tidak berhak mendapat diskaun 50 peratus ini adalah kesalahan saman berstatus NC, saman berstatus Bicara, saman berstatus Waran Tangkap, saman OP Selamat Tahun 2018 dan saman Kemalangan tahun 2018”. Katanya

Tambah Zamzuri, “para penguna jalan raya yang telah melunaskan bayaran saman untuk sentiasa mematuhi undang – undang lalu lintas bagi mengelakan saman dikeluarkan pada masa akan datang. Beliau juga menasihati orang ramai yang bakal berkunjung ke Sambutan Hari Malaysia pada hari ahad ini agar sentiasa mengikuti arahan petugas trafik bagi melancarkan lalu lintas.

Jaden Joe

Jaden Joe

Salah seorang pengunjung yang hadir Jaden Joe 32, beliau mendapat tahu mengenai diskaun ini melalui mesej yang ditularkan di laman Facebook dan terus datang ke sini. “Saya rasa gembira dengan diskaun ini dan nekad untuk hadir pada hari ini untuk melunaskan saman terkumpul sebanyak 800 ringgit walaupun cuaca hujan, dan saya sampai sini pukul 1.00 petang dan telah berbaris selama 2 jam tetapi berbaloi”. Ujarnya.

Sambutan Hari Malaysia tahun ini akan berlangsung di Padang Merdeka Kota Kinabalu pada 16 September pukul 7.00 malam dan akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

ER

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...