MAHB Memperuntukkan RM55.6 Juta Naik Taraf Lapangan Terbang Sabah, Labuan

????????????????????????????????????

Laporan oleh: Asmidar Zainol/ Foto: Mastim Kiriman(Sabah)

KOTA KINABALU, 14 Sept(Malaysiaaktif) – Malaysia Airport Berhad (MAHB) memperuntukkan RM55.6 juta untuk menaiktaraf kemudahan lima buah lapangan terbang di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pengarah Perhubungan Pihak Berkepentingan dan Regulatori MAHB, Datuk Abdullah Kadir Bacha berkata, peruntukan tersebut bagi meningkatkan kemudahan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Lahad Datu serta Labuan bagi menampung penambahan penumpang di ketiga-tiga lapangan terbang berkenaan.

“Antara kemudahan yang telah dinaiktarafkan adalah In line baggage holding system cleaning (ILBHS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) yang tiada mesin pengimbasan bagasi di hadapan kaunter sama seperti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Pulau Pinang.

Shafie (kanan) mendengar penerangan oleh Sunif (kiri) sambil diperhatikan oleh Abdullah (tengah).

Shafie (kanan) mendengar penerangan oleh Sunif (kiri) sambil diperhatikan oleh Abdullah (tengah).

“Kita juga menambah Kaunter Imigresen Ketibaan Antarabangsa dari 10 buah kepada 20 buah dengan kos RM800 ribu bagi mengatasi masalah kesesakan penumpang terutamanya pada waktu malam dan dijangka akan siap akhir tahun ini.

“Selain itu, kita turut melaksanakan pengoptimum dengan menambah dua lagi Passenger Boarding Bridge dan juga Air Craft Stand atau Air Craft Parking Bayuntuk menempatkan lebih banyak kapal terbang di waktu malam dan sebagainya,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal pada petang Khamis.

Dalam kunjungan tersebut, MAHB turut berkata pihaknya sedang mengkaji menaik taraf lapangan terbang Tawau.

“Dalam perbincangan bersama Datuk Seri Mohd Shafie sebentar tadi, beliau menyarankan MAHB membuat kajian lebih lanjut berkenaan Lapangan Terbang Tawau yang berpotensi untuk pelancongan sama ada boleh digunakan untuk penerbangan terus dan kargo,”kongsinya kepada pemberita.

Sementara itu, Pengurus Kanan Perancangan dan Pembangunan MAHB, Mohd Shukri Ku Shaari Sandakan turut memaklumkan, projek pemanjangan Lapangan Terbang Sandakan telah mendapat kelulusan kerajaan persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia.

“Kita telah memaklumkan kepada Datuk Seri Mohd Shafie berkenaan projek pemanjangan landasan kapal terbang Sandakan dari 2133 meter kepada 2500 meter bertujuan untuk  melengkapkan keperluan penerbangan terus antarabangsa.

“Pihak kerajaan negeri akan menyemak semula projek berkenaan dan memaklumkan kepada MAHB berkenaan keputusannya nanti,” ujarnya.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Pengurus Kanan MAHB KKIA, Sunif Naiman.

 

 

-FB

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...