Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Kanak-kanak Jiwai Sayangi Malaysiaku

By 15 September 2018Tiada komen1 minit bacaan

Laporan dan foto: Hasnida Samsudin / Faezah Mohd Dun (Putrajaya) 

KOTA KINABALU, 14 Sep (Malaysiaaktif)  – Pusat Minda Lestari (PML) Universiti Malaysia Sabah (UMS) giat semarakkan agenda patriotisme dalam kalangan kanak-kanak menjelang sambutan Hari Malaysia 2018.

Menurut Pendaftar UMS, No’man Haji Ahmad, program yang dianjurkan ini berupaya memupuk semangat perpaduan, keharmonian serta perasaan kasih sayang kepada bangsa dan negara.

“Kita bersama-sama membina semangat Sayangi Malaysiaku. Tanpa rasa curiga, rakyat pelbagai kaum perlu bersatu hati memacu keutuhan jati diri kerana ia adalah teras kepada pertahanan negara,” katanya ketika merasmikan program tersebut.

Alam persekolahan yang diwarnai elemen semangat patriotisme.

Alam persekolahan yang diwarnai elemen semangat patriotisme.

Sementara itu, Pengarah PML, Aidah Noordin berkata sebagai rakyat Malaysiawajar dipupuk ke dalam jiwa kanak-kanak seawal usia walaupun berlainan kaum dan negara.

“Rasa bangga dengan negara kita, menjadikan kita lebih menjiwai erti merdeka sekali gus berupaya menanam semangat kemerdekaan dalam kalangan kanak-kanak, keluarga, organisasi dan juga negara,”ujarnya lagi.IMG-20180915-WA0003

Program anjuran bersama Putra Associates itu bertujuan menerapkan semangat patriotik ke dalam diri lebih 160 kanak-kanak berusia antara lima hingga enam tahun di pusat berkenaan. Antara aktiviti lain yang diadakan ialah pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik dan pertandingan pakaian etnik.

 

-HS

 

Tinggalkan komen anda