Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Gangguan Bekalan Air Di Jelebu

By 15 September 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan : Khairudin AM (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) memaklumkan akan melaksanakan penutupan sementara bekalan air di sebahagian kawasan di Daerah Jelebu pada 18 September 2018 (Selasa) bermula 8.00 pagi hingga 8.00 pagi 19 September 2018 (Rabu).

Menurut Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail, penutupan sementara bekalan air tersebut berikutan kerja-kerja penyelenggaraan injab di sepanjang paip dari Loji Rawatan Air (LRA) Lakai sehingga Tangki Bukit Juntai.

“Kerja-kerja penyelenggaraan ini menyebabkan gangguan bekalan air yang melibatkan kawasan Simpang Durian, Sg. Buloh, Juntai, Durian Tipus, taman-taman perumahan di Simpang Durian, Serdai, Mantaus, Jerang, Paya Jauh, Bemban, Rangoi, Ladang Abdulah Kadir, serta sekolah-sekolah di Mukim Triang Hilir.

“Antara kawasan lain yang terlibat adalah FELCRA Lakai, Kg. Lakai, Air Baning, Kg. Putra, Kg. Sawah, FELCRA Penagoh, Felda Pasoh 1, 2, 3 dan 4, Estat Pertang, Simpang Pertang, taman-taman perumahan di Simpang Pertang, Kawasan Industri Simpang Pertang, Kampung Asli Bt. 17, Pertang, taman-taman perumahan di Pertang, Kg. Geylang, Kg. Durian Tawar dan Kg. Orang Asli Parit Gong,” katanya melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat. Beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama.

“Pihak SAINS akan menghantar lori tangki dan penempatan tangki statik jika gangguan bekalan air melebihi 24 jam. Para pelanggan dan orang ramai yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS melalui talian bebas tol 1-800-88-6982,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda