Perdana Menteri dan Isteri Tiba di Sabah Hadiri Sambutan Hari Malaysia 

F11AAFA5-30A8-4C9C-AE5D-88D2ADB23BD0

Laporan : Edi Rizam Kassim (Putrajaya) Foto : Johnny Kimlon 

KOTA KINABALU,  16 Sep (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Siti Hasmah Mohamad  Ali tiba di Kota Kinabalu hari ini bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia yang akan berlangsung pada malam ini di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

Tun Siti Hasmah (3 dari kiri) disambuat rakyat Sabah

Tun Siti Hasmah (3 dari kiri) disambut rakyat Sabah

Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan pemimpin kerajaan negeri Sabah serta orang ramai, beliau tiba dengan pesawat khas pada pukul 12.20 tengahari tadi di Lapangan Antarabagsa Kota Kinabalu Terminal 1.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke negeri ini sebagai Perdana Menteri ke-7, beliau juga dijadualkan melancarkan Sambutan Hari Malaysia yang ke- 55 pada malam ini, acara rasmi akan bermula pada pukul 7.00 malam dan antara tetamu kenamaan yang bakal menyerikan majlis Yang di-Petua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahirudin, Timbalan Perdana Menteri, Ketua Menteri Sarawak, menteri – menteri Persekutuan dan juga Menteri Kerajaan Negeri. 

Padang Merdeka Kota Kinabalu siap untuk majlis rasmi pada malam ini

Padang Merdeka Kota Kinabalu siap untuk majlis rasmi pada malam ini

Antara pengisian sambutan Hari Malaysia malam ini adalah persembahan tarian Malaysia Harmoni, perarakan masuk dan penyerahan Jalur Gemilang oleh Konvoi Kembara Merdeka ‘Sayangi Malaysiaku’, pertunjukan bunga api dan juga persembahan hiburan daripada artis – artis tempatan Sabah, majlis perasmian tersebut turut disiarkan secara langsung di RTM1. 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...