Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Warga Sabah Teruja Temui Tun Mahathir

By 16 September 2018Tiada komen1 minit bacaan

Laporan: Khairun Nadiah    Foto: Jabatan Penerangan

Kota Kinabalu, 16 Sep (Malaysiaaktif) – Keterujaan orang Sabah menerima kehadiran Tun Mahathir jelas terpancar semasa sambutan Hari Malaysia 2018 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah. Sorakan orang ramai bergempita di Padang Merdeka ketika ketibaan Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah di tapak sambutan. Kebanyakan mereka telah memenuhi perkarangan Padang Merdeka bagi mendapatkan peluang bergambar bersama Tun Mahathir.IMG-20180916-WA0056

Menurut seorang pengunjung dari Semporna, Kabratul binti Rajah, 32, beliau begitu teruja kerana dapat berjumpa dengan Tun Mahathir buat pertama kalinya.

“Saya begitu gembira kerana di samping dapat rasai kemeriahan sambutan Hari Malaysia, saya dapat berjumpa dengan Tun Mahathir,” katanya ketika ditemui tadi.IMG-20180916-WA0073

Kegembiraan Kabratul turut dikongsi oleh Linda binti Boy, yang hadir bersama ahli keluarganya.

“Begitu ramai menteri-menteri baru yang datang ke sini dan pastinya ini adalah peluang yang sangat berharga bagi kami untuk berjumpa dengan mereka. Sambutan kali ini sememangnya sangat istimewa buat orang di Sabah,” ujar Linda.

Tun Mahathir turut ditemani isteri, Tun Siti Hasmah dengan pakaian batik Malaysia. Beliau kemudiannya menyampaikan ucapan yang sarat dengan mesej penting buat semua rakyat Malaysia, khususnya di Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan pasti tidak akan melupakan tanggungjawabnya kepada Sabah dan Sarawak dan akan mencari jalan untuk memajukan infrastruktur yang akan dilaksana mengikut kehendak dan keperluan rakyat di sini,” katanya dalam ucapannya semasa sambutan Hari Malaysia 2018 tersebut.IMG-20180916-WA0072

Tinggalkan komen anda