Semangat Kerjasama Julang Taman Sri Rambai Johan Kibar Jalur Gemilang

E08755E7-7790-4A79-838A-A29055CFED29

Laporan & foto : Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)

PERMATANG PAUH, 19 Sep (Malaysiaaktif) – Setiap tahun penduduk Taman Sri Rambai Fasa 4 pasti teruja menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. 

Persiapan yang dilakukan bersama-sama dalam tempoh kurang dari sebulan amat menguji semangat kerjasama antara mereka yang terlibat demi memeriahkan suasana kemerdekaan khususnya di sekitar taman perumahan mereka. 

Usaha menyemai dan menyubur kembali semangat patriotisme, iaitu semangat cinta akan negara dalam kalangan remaja perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh.  Tarikh 31 Ogos 1957 mestilah tarikh menyuburkan terus semangat cinta negara dan tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja.  Sehubungan itu, satu sekretariat telah diwujudkan di Taman Sri Rambai Fasa 4 yang diketuai oleh Jawatankuasa tertinggi KRT, kata Encik Lee selaku jurucakap bagi KRT Taman Sri Rambai.

KRT Taman Rambai Fasa 4 mewakili Seberang Perai Tengah amat teruja apabila dinobatkan sebagai Johan bagi Pertandingan Kibarkan Jalur Gemilang peringkat Pulau Pinang.  Pemilihan adalah berdasarkan bilangan jalur gemilang yang telah dipamerkan di sekitar kawasan perumahan tersebut.  

Majlis penyampaian hadiah bersempena Hari Malaysia peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan di SP Arena, di sini kelmarin dan telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Haji Abbas. 

Turut hadir, Toh Puan Datuk Seri Utama Hajah Majimor Shariff, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Farizan Darus.

Ahli Jawatankuasa KRT Taman Seri Rambai

Ahli Jawatankuasa KRT Taman Sri Rambai Fasa 4

Turut berlangsung penyampaian hadiah kontijen Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 31 Ogos lalu.  Antara kategori yang dipertandingkan adalah Badan Beruniform atau Kokurikulum yang dimenangi oleh Briged Putra SMK Air Itam Penang manakala kategori IPTA/Institut Latihan pula dimenangi oleh Kesatria UITM Pulau Pinang.

Johan kategori pancaragam sekolah menjadi milik SMK St.  Xavier Marching Band.  Manakala kategori sektor swasta dan NGO telah dimenangi oleh pasukan dari TNB.

Pejabat Daerah Seberang Perai Utara telah mengungguli gelaran johan untuk kategori sektor awam.  Masing-masing membawa pulang piala, sijil berserta wang tunai.

ER

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...