Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Busana Etnik Kreatif Serlah Wajah Jelita Gadis Sabah

By 19 September 2018Tiada komen4 minit bacaan

Laporan oleh: Fauzrina Bulka/ Foto: Azman Jumat (Sabah)

 

 

KOTA KINABALU, 19 Sept (Malaysiaaktif) -Hari Malaysia baru sahaja tiga hari berlalu, tetapi kemeriahannya masih hangat diperkatakan, dentuman bunga api dan hiasan kerlipan cahaya neon mengelilingi Padang Merdeka, merakamkan memori indah di hati ribuan pengunjung pelbagai usia.

Apa yang lebih menarik, malam itu turut diceriakan dengan keindahan busana etnik kreatif yang diperagakan oleh para artis, elok terletak menyerlahkan lagi wajah jelita gadis Sabah.

Salah seorang artis, Mitchell Vanalyin Sokop, 19 berkata ini merupakan pengalaman kali kedua untuk dia terlibat dalam sambutan Hari Malaysia.

Mitchell Vanalyin Sakap

Mitchell Vanalyin Sokop

Menurutnya, dia berasa teruja dan bangga kerana dapat membantu mempromosikan pelancongan serta etnik dan budaya Sabah terutama pada orang luar.

“Bermula dengan mengenakan solekan pada wajah hinggalah memakai busana etnik kreatif tersebut, saya mengambil masa kira-kira satu jam untuk bersiap.

“Pada awalnya agak terkejut apabila dimaklumkan akan mengenakan busana tersebut, dan agak risau jika saya mampu menampung beban aksesori di belakang yang agak berat sepanjang sambutan yang pasti memakan masa.

Busana Mitchell pada malam sambutan Hari Malaysia

Busana Mitchell pada malam sambutan Hari Malaysia

“Ini kerana selepas bersiap, kami perlu menunggu kira -kira dua jam sebelum acara dimulakan tetapi dalam masa yang sama perlu sentiasa kelihatan manis hingga ke akhir program.

“Ditambah lagi dengan penggunaan kasut tinggi melebihi lima inci pada malam itu, tetapi sebagai artis, kami sedia maklum tanggungjawab untuk sentiasa berketerampilan yang menarik,”jelasnya.

Kata Mitchell, apa yang diharapkannya untuk generasi akan datang ialah penglibatan dalam persembahan tradisional di sekolah dan dorongan ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

“Berdasarkan pengalaman saya, keluarga saya sendiri tidak begitu menggalakkan saya untuk menyertai aktiviti sampingan seperti tarian, peragaan dan sebagainya kerana risau mengganggu pembelajaran.

“Tetapi kalau boleh, ibu bapa tidak terlalu menghalang minat anak-anak kerana risau mereka akan kurang terdedah dengan aktiviti yang dijalankan di luar kerana ia dapat memberi pengalaman dan ilmu kerana tidak semua ilmu diperoleh dari sekolah sahaja,”ujarnya.

Maymall Frayneey Kipli

Maymall Frayneey Kipli

Sementara itu, seorang lagi artis, Maymall Frayneey Kipli, 20 yang mengenakan baju tradisi etnik Rungus Kudat pada mulanya agak ragu-ragu ketika diberikan pakaian tersebut kerana agak terdedah di bahagian bahu.

“Tetapi mujur ada aksesori rantai daripada manik pinokol yang perlu diletak bersilang dibahu dan dapat menutup sedikit bahagian yang terdedah.

“Walau bagaimanapun, saya bangga mengenakan semua pakaian etnik yang diamanahkan kepada saya dan bertuah selama dua tahun berkhidmat di Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah(LKNS), lebih 30 helai pakaian tradisi etnik di Sabah yang saya pernah pakai.

Busana Maymall pada malam sambutan Hari Malaysia

Busana Maymall pada malam sambutan Hari Malaysia

“Sebagai artis yang ada kalanya perlu menari dan memperaga, kami juga perlu pandai berlakon demi membawa imej yang berkesan mengikut pakaian yang sedang digunakan.

“Jika saya memakai baju tradisional Melayu, secara automatik saya akan menjadi lemah lembut dan sopan seperti gadis Melayu juga,”katanya.

Mitchell juga mengharapkan agar sekolah memperbanyakkan program kebudayaan serta galakan yang tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa adalah sangat penting untuk menerap minat remaja kepada tradisi kita.

Katanya, dengan jadi penari bukan sekadar untuk menghiburkan, tetapi mereka juga berperanan penting sebagai pewaris muda  agar seni itu tidak dilupakan seterusnya hilang ditelan zaman.

Dalam pada itu, Pengurus Bahagian Acara Kebudayaan LKNS, Sadian Sadio berkata, cadangan untuk memperagakan pakaian LKNS ini telah dikenal pasti sejak dua bulan lalu apabila melihat hasil reka cipta tersebut dipamer pada sebuah pertandingan.

Sadian Sadio

Sadian Sadio

“Justeru dalam tempoh itu, kami berusaha mengenal pasti pereka dan penganjur acara tersebut dan jemput bersama untuk menjayakan Hari Malaysia pada tahun ini.

“Dalam daerah tersebut, masyarakat Dusun Tindal boleh bertutur dalam bahasa Bajau dan begitu juga sebaliknya, jadi di situ sudah berlaku silang budaya antara etnik tersebut dan seterusnya menjadi ilham dalam pembikinan baju etnik kreatif.

“Bila kedua-dua ciri etnik ini dirangkumkan, ia menjadi unik dan ini sesuatu yang baik kepada pereka-pereka kerana mereka dapat menginovasi pakaian, apatah lagi bila kita dapat gabungkan dengan alat muzik, hasilnya nampak lebih menarik,”katanya.

Sadian turut berharap agar lebih ramai pereka yang dapat dicungkil bakat mereka, supaya lebih banyak lagi pakaian etnik lain dapat di inovasi, namun begitu tujuan mereka bukanlah mahu merosakkan budaya, malahan mahu mengangkat warisan itu dan diperkenalkan supaya lebih jelas.

IMG-20180918-WA0024

“Kebiasaannya, pakaian yang di reka hanya inovasi pada pakaian sahaja tetapi kita tidak nampak motifnya, contohnya seperti tudung dulang Bajau yang diperagakan pada kepala, bila digabungkan kita akan nampak sekali pakaian dan bahan warisan.

“Orang lama pasti ada yang kurang setuju akan konsep sebegini, tetapi kami akan pastikan yang asli akan tetap dijaga dan pelihara, di samping itu juga, kami menggalakkan pengkarya kreativiti sebagai tarikan kepada pelancong.IMG-20180918-WA0022

“Namun begitu, setakat ini kami belum terima apa-apa bantahan daripada mereka malahan mereka menyokong kerana mereka faham niat kami,”katanya.

Sadian turut merancang untuk menganjurkan sebuah pertandingan reka cipta sebagai salah satu usaha melahirkan lebih ramai pereka yang berbakat.

IMG-20180918-WA0023

“Kami merancang untuk mengangkat pakaian etnik ini ke satu tahap yang lebih baik, mungkin di peringkat kebangsaan ataupun di peringkat antarabangsa, tetapi sebaiknya kita mulakan dahulu di peringkat negeri Sabah.

“Dalam acara itu nanti, kita akan tontonkan juga pakaian original, dan gandingkan sekali dengan pakaian etnik kreatif.

“Kami juga berharap bantuan berbentuk promosi kerana tanpanya, impian untuk mengembangkan etnik kita tidak akan berjaya, matlamat kita adlah mengembangkan rakan budaya dan memperkenalkan etnik kita kepada pelancong dan dunia,”kata Sadian.

IMG-20180918-WA0027

-FB

Tinggalkan komen anda