Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Kekuatan Mental Dan Fizikal Penting Semasa Mengerjakan Ibadah Haji

By 19 September 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & Foto: Mohd Baharruddin Mohamad / Mahmud Sulaiman (Sarawak)

KUCHING, 19 Sep (Malaysiaaktif) – Penerbangan Feeder (Penerbangan Bantuan) dari Kuala Lumpur ke Kuching membawa seramai 150 orang Jemaah Haji tiba di Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuching pagi tadi, dengan menaiki penerbangan KT33Q.

Menurut Timbalan Pengarah Tabung Haji Sarawak, Mohammad Salim ketibaan Jemaah kali ini merupakan Penerbangan ketiga membawa Jemaah Haji Tanah air yang terdiri daripada  67 Orang jemaah leaki dan  83 Orang Jemaah Perempuan.

Jemaah Haji tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Jemaah Haji tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Beliau berkata,  seramai 1181 orang menunaikan haji pada tahun ini dan yang kembali ke kuching 1178 orang manakala 3 orang meningal dunia di mekah.

Mereka yang meninggal dunia terdiri dua orang perempuan dan seorang lelaki,Jemaah yang meninggal ialah Awg Omar Awg Narawi,61 dari Taman Sukma, Tuyah Libut,75 dari Kampung Matang dan Sariah bt Suta,81 dari Sadong Jaya,Samarahan. Ketiga-tiga jenazah tersebut dikuburkan di Mekah, beliau menjelaskan demikian semasa ditemui di Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuching. 

Menurut Wahad Kawi, 53 dari Daro,  Pegawai Pertanian Sarawak beliau menunaikan rukun kelima bersama isterinya Lati binti Dolhan,53 berkata semasa menunaikan ibadah ini kali ini sangat mencabar dan kekuatan mental dan fizikal adalah penting kerana semasa itu terlalu ramai dan terlalu sesak bersama jemaah lain dan cuaca sangat panas ketika disana maka dengan itu kita perlu sentiasa minum air banyak,jelasnya.

Pawi, ketika ditemui wartawan

Pawi, ketika ditemui wartawan

Menurut beliau lagi apabila kita berada di tanah suci  menjaga kesihatan adalah perkara sangat penting dan jangan harus sentiasa berzikir agar doa  agar semua hasrat dan niat kita semoga dimakbulkan.

Pawi bin Bujang, 65 dari Mukah berkata,saya sangat bersyukur kerana selamat mengejarkan segala ibadah dan menunaikan haji suatu perkata yang mencabar  dan menduga iman kita dalam sesuatu perkara. Saya nasihatkan kepada sesiapa yang ingin hendak menunaikan haji supaya  pergi menunaikan ibadah ini pada umur muda dan ketika tenaga yang kuat. 

Wahad Kawi bersama isterinya Lati Dolhan bersyukur kerana selamat balik ke tanah air

Wahad Kawi bersama isterinya Lati Dolhan bersyukur kerana selamat balik ke tanah air


 

Pengelaman saya di sana sangat menyeronokkan tapi oleh kerana saya sakit kaki menjadi masalah untuk berjalan ke sana sini dan semasa mengerjakan ibadah ini saya banyak menggunakan kerusi roda dengan bayaran upah 400 rial jelasnya. Pawi pergi bersama isterinya dan lima orang sepupu yang lain, beliau menzahirkan rasa gembira kerana selamat sampai ke Tanah air dan membawa haji yang mabrul.

ER

Tinggalkan komen anda