Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMelaka

Festival Layang-Layang dan Wau Antarabangsa Melaka 2018 Pukau Pengunjung

By 23 September 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan dan foto: M Zakry Chan

MELAKA, 23 Sept (Malaysiaaktif) – Festival Layang-Layang dan Wau Antarabangsa Melaka 2018 yang berlangsung hari ini bertempat di Dataran Pantai Klebang merupakan anjuran kali keenam oleh Kerajaan Negeri Melaka.WhatsApp Image 2018-09-23 at 3.36.16 PM

Festival yang dijangka mampu menarik lebih ramai pelancong ini merupakan salah satu acara rasmi yang telah digazetkan dalam kalendar Pelancongan Negeri Melaka dan Malaysia ini turut disertai oleh pelayang-pelayang tempatan dan antarabangsa seluruh dunia.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka, Muhammad Jailani Khamis berkata festival ini menghimpunkan lebih 100 orang peserta dari pelbgai negara antaranya Indonesia, Singapura, China, Mongolia dan Francis.

Jelas Jailani lagi, tujuan penganjuran Festival Layang-Layang dan Wau Antarabangsa Melaka 2018 ini adalah bagi mempromosikan sub-sektor Pelancongan dan Rekreasi Negeri Melaka melalui layang-layang yang merupakan permainan global.

“Selain itu, festival ini diharap dapat mencapai hasrat Kerajaan Negeri Melaka untuk menarik kehadiran kira-kira 17 juta pelancong pada tahun ini.

“Pada tahun hadapan saya berharap  pengisian festival ini lebih mantap selaras dengan tahun melawat Melaka 2019 yang mensasarkan kehadiran seramai 20 juta pelancong, jaminan kerajaan negeri akan beri sokogan penuh penganjuran festival ini,”ujar Jailani. WhatsApp Image 2018-09-23 at 3.36.17 PM

Pengunjung festival, Suraya Sulaiman ,38, berkata “Setiap tahun saya tidak ketinggalan untuk hadir bagi melihat pelbagai bentuk layang-layang yang dipamerkan pelbagai negara, sangat kreatif dan menghiburkan. “

“Saya mencadangkan festival ini dipelbagaikan lagi pengisiannya seperti mengadakan sukaneka kanak-kanak, pertandingan mewarna, pertandingan memancing serta melibatkan lebih banyak agensi supaya dapat menarik lebih ramai pengunjung,” tambah Suraya.

Jailani (tengah) merasmikan Festival Layang-Layang dan Wau Antarabangsa Melaka 2018.

Jailani (tengah) merasmikan Festival Layang-Layang dan Wau Antarabangsa Melaka 2018.

Turut  hadir adalah Ahli Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Klebang, Gue Teck dan Presiden Persatuan Rakan Layang-Layang Negeri Melaka, Dato Wong Soo Tack.

 

-KN

Tinggalkan komen anda