Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau Pinang

Makmal Sains Sekolah ‘Meletup dan Terbakar’

By 29 September 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan & Foto : Abdul Waasiek Ahmad Fikri (Barat Daya)

BALIK PULAU, 29 Sep (Malaysiaaktif) –  Kejadian bencana dan kemalangan tidak dapat diduga atas alasan tersebut Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya dengan kerjasama Hospital Balik Pulau telah mengadakan Latihan Bencana Peringkat daerah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau di sini, baru-baru ini.

Latihan yang dirancang selama sebulan itu telah disertai oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Hospital Balik Pulau dan Jabatan Penerangan Malaysia.

7E29D7B5-9EEE-4B58-979C-5E2A25E4175E

Senario yang dibuat pada sesi latihan tersebut adalah berlakunya letupan serta kebakaran di Makmal Sains MRSM Balik Pulau yang mengakibatkan kehilangan nyawa seramai 5 orang pelajar.

Menurut Ketua Komander, Shahrul Azhar yang juga dari pihak pasukan Bomba dan Penyelamat, sesi latihan ini baik bagi semua jabatan serta agensi yang terlibat dalam memainkan peranan bagi menghadapi sesuatu bencana dan malapetaka.

Anggota bomba juga menubuhkan pusat kawalan mereka

Anggota bomba juga menubuhkan pusat kawalan mereka

“Kesiapsiagaan itu perlu bagi semua jabatan dan agensi dalam Daerah Barat Daya ini supaya setiap tindakan yang diambil adalah tepat dan berkesan dalam menyelamatkan keadaan dan juga mangsa”, katanya.

“Hari ini semua pihak telah menunjukkan peranan masing-masing mengikut prosedur yang telah ditetapkan”, tambahnya lagi.

Bagi Pengetua MRSM Balik Pulau, Ahmad Zaki Hashim, beliau selalu mengalu-alukan program seperti ini diadakan bagi bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar, guru-guru serta kakitangan sekolah dalam menghadapi situasi cemas.

Keterlibatan pelajar dalam latihan ini

Keterlibatan pelajar dalam latihan ini


 

“Malang tidak berbau. Apa-apa sahaja boleh berlaku terutamanya di sekitar makmal kerana terdapat peralatan yang membahayakan”. 

“Jadi dengan adanya latihan seperti ini kita boleh membayangkan segala keperluan dalam usaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap”, ujarnya.

Latihan tersebut selesai dengan sesi perbincangan ‘post mortem’ dalam mengetahui kelemahan-kelemahan yang boleh diatasi.

ER

Tinggalkan komen anda