Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Demi Anak Gelandangan

By 1 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan Foto oleh Suhairi Ishak

JOHOR BAHRU, 30 Sept (MalaysiaAktif) –  “Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul ”. Itulah yang dirasai dan ditanggung oleh Pengusaha Rumah Pertubuhan Kebajikan Fitrah Qaseh Larkin Johor Bahru.

Nasib malang anak – anak dari ibu bapa mereka sebagai penagih dadah, hidup gelandangan, menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mempunyai sejarah hitam hidup, menimbulkan keinsafan dan perasaan simpati yang mendalam kepada pasangan suami isteri Fikri Abd. Rashid,41 dan Camelia Ariffin,27 dengan menyediakan Rumah Pertubuhan Kebajikan Fitrah Qaseh.

Fikri Abd. Rashid bersama isteri, Camelia Ariffin mendukung salah seorang anak dibawah jagaan mereka.

Seramai 28 orang kanak – kanak  berusia diantara 11 bulan hingga 17 tahun menetap di sini.

Mereka dianggap sebagai anak sendiri.Dijaga, diajar, diasuh, dididik saling bantu membantu dalam menguruskan diri serta diberi kasih sayang dalam sebuah keluarga yang besar.

Bagi anak – anak dewasa abang atau kakak dikalangan mereka akan bersama – sama membantu menolong adik- adik kecil dalam menguruskan diri dan keperluan.

Di Fitrah Qaseh ini mereka ditempatkan di tiga buah bilik yang berasingan dan disediakan dua buah bilik air bagi kegunaan bersama disebuah rumah yang sewa di Larkin.

Anak – anak ini akan diajar membaca,menulis mengira serta diberikan pelajaran agama selain dihantar ke sekolah.

Sedang menunggu menunaikan solat sunat Dhuha yang menjadi rutin harian mereka.

Fitri mengasuh dan mengajar anak – anak mereka dengan mengerjakan solat waktu dhuha secara berjemaah.

Bagi menampung perbelanjaan keluarga, Fikri menjalankan perniagaan di pasar karat Johor Bahru waktu malam disamping membawa “Grab”.

Manakala isterinya pula menjaga kanak kanak tersebut sepenuh masa disamping menerima tempahan menyediakan makanan secara kecil-kecilan dibantu oleh anak-anak mereka.

Menurut Camalia, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor banyak membantu Fitrah Qaseh bagi penyediaan dokumentasi anak-anak yang tiada dokumen diri.

Sedang mencuba kasut yang disumbangkan oleh individu yang prihatin

Selain itu terdapat juga badan – badan NGO’S, dan orang perseorangan yang bersimpati kepada nasib anak – anak di sini dengan menghulurkan bantuan berupa makanan, pakaian, duit serta keperluan lain.

Mengakhiri perbualan dengan wartawan Malaysia Aktif,  Fitri berharap supaya anak-anak ini dapat menerima dan merasai kasih sayang  dari mereka berdua meskipun bukan dari darah daging mereka sendiri.

“Menjadi insan yang berguna. Jadikan sejarah hidup keluarga masing masing sebagai pengajaran. Hidup berdikari serta melupakan sejarah hitam hidup mereka demi mencapai kejayaan di masa hadapan”

Dalam pertemuan tersebut ADUN Larkin, Mohd Izhar Ahmad bersama Pengarah Jabatan Penerangan Johor, Zainudin Ismail  telah bersama- sama dalam Program Jiwa Murni sempena  Program Apa Kata Anak Malaysia 2018 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.

 

  • AA / MRR

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan komen anda