Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Ops Methanol: Tiga Warga India Berjaya Ditangkap

By 3 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan dan Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 3 Okt (Malaysiaaktif) – Polis berjaya menangkap tiga warga India yang dipercayai pengedar minuman arak mengandungi methanol dalam serbuan yang dilakukan di Taman Bukit Desa, jam 2.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Samsor Maarof, berkata tiga suspek tersebut adalah individu yang terlibat secara langsung mengedarkan arak tiruan itu kepada peruncit yang menjual tanpa lesen di sekitar Desa Jaya, Selayang dan Gombak.

ACP Samsor Maarof (tiga dari kiri) semasa sidang media di IPD Gombak, petang tadi.

ACP Samsor Maarof (tiga dari kiri) semasa sidang media di IPD Gombak, petang tadi.

“Setelah beberapa siri serbuan dilakukan berkaitan tiga kes kematian akibat meminum arak mengandungi methanol pada 17 September lalu, akhirnya tiga warga India berjaya ditahan dalam Ops Methanol awal pagi tadi.

“Mereka berusia antara 30 hingga 40 tahun itu ditahan di dalam sebuah rumah yang dijadikan stor menyimpan arak-arak tersebut sebelum dijual. Pihak polis turut merampas 503 arak dan wiski pelbagai jenama,” jelas beliau.

Antara jenama arak mengandungi methanol yang dirampas pihak polis dalam Ops Methanol awal pagi tadi.

Antara jenama arak mengandungi methanol yang dirampas pihak polis dalam Ops Methanol awal pagi tadi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Bukit Idaman, di sini petang tadi.

Tambah Samsor, hasil maklumat mendapati mereka telah menjalankan kegiatan menjual arak yang dipercayai diseludup dari negara luar sejak enam bulan lalu.

Pelbagai jenama arak tiruan mengadungi methanol dirampas dalam Ops Methanol awal pagi tadi.

Pelbagai jenama arak tiruan mengadungi methanol dirampas dalam Ops Methanol awal pagi tadi.

“Suspek kini ditahan direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 6 Oktober untuk disiasat di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian enam warga Myanmar,” katanya.

Menurutnya lagi, pihak polis percaya masih terdapat dalang lain yang turut terlibat dalam kegiatan itu dan pihaknya akan meneruskan siasatan sehingga berjaya menahan mereka.

-NAZ

Tinggalkan komen anda