Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMelaka

Generasi Muda Santuni Warga Emas Pupuk Kasih Sayang

By 5 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto: M Zakry Chan

ALOR GAJAH, 5 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 40 pelajar Universiti Teknologi MARA Kampus Alor Gajah menyertai Program Khidmat Masyarakat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kompleks Kebajikan Masyarakat Daerah Alor Gajah disini, pagi tadi.

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya melukis mural, kelas mengaji Al-Quran, bermain sukan tradisional dan membersihkan kawasan kompleks tersebut.IMG-20181005-WA0008

Menurut Noor Diyana Saruddin,19, pelajar tahun tiga jurusan Pereka Grafik UiTM Kampus Alor Gajah, “Program ini memberi kesan yang mendalam kepada saya sebagai seorang pelajar kerana dapat memahami perasaan warga emas dan melihat sendiri aktiviti mereka disini.

“Generasi muda terutama pelajar harus sentiasa aktif menjalankan aktiviti kemasyarkatan supaya dapat memperlajari banyak perkara yang tidak ada dalam buku sebaliknya menerusi pengalaman.”

“Sebagai orang muda kita harus mengisi masa lapang dengan aktiviti sebegini dan bukan membuang masa dengan perkara yang tidak berfedah seperti merempit dan melepak,” tambah Diyana yang berasal dari Selangor.IMG-20181005-WA0006

Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Shima Ariffin semasa berucap berkata, program khidmat masyarakat ini salah satu aktiviti pengisian sempena Program Apa Kata Anak Malaysia yang berlangsung selama dua hari bermula pagi ini.

“Selain aktiviti yang dijalankan pagi tadi, terdapat dua lagi pengisian yang akan dilaksanakan iaitu Forum Bicara Ilmu yang berlangsung pada malam ini dan Forum Apa Kata Anak Malaysia pada hari esok yang akan diadakan di UiTM Kampus Alor Gajah,”ujarnya.

Dalam program tersebut seramai 30 warga emas menerima sumbangan yang telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Alor Gajah, Shamsul Ambia Abd. Aziz.

 

-KN

Tinggalkan komen anda