Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Media Berperanan Sebagai Semak Dan Imbang Kerajaan – Amirudin

By 6 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & Foto: Mohamad Zairin Mohamad Zin (Shah Alam)

SHAH ALAM, 6 Okt (Malaysiaaktif) – Semalam diadakan Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bersama Media di Hotel Concorde, Shah Alam.

Media berperanan sebagai ‘check and balance’ atau semak dan imbang kerajaan harus dipertahankan supaya ia dapat membantu memajukan kerajaan dan Amirudin Shari menyokong sepenuhnyaa kebebasan media dalam melaporkan berita yang tepat.

“Peranan media merupakan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan berita terkini kepada masyarakat dan sekarang sudah sampai ke era media sosial dan setiap orang menjadi pelapor dan mempunyai unit media mereka sendiri dan ini merupakan cabaran kepada rakan-rakan media bagaimana untuk mengekalkan relevansi mereka dalam masyarakat dengan konteks masing-masing”, ujar Amirudin lagi.

??Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor Ketika memberi ucapan.

Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor Ketika memberi ucapan.

“Rakyat sekarang lebih mengharapkan analisa dan berita yang baik dan juga mampu membuka fikiran dan sanubari mereka dan memahami lebih mendalam apa yang berlaku dan media perlu memainkan peranan dalam menyalurkan berita dan maklumat terus kepada rakyat dengan bersifat objektif, terbuka dan telus”, tambah beliau lagi.

Amirudin turut menegaskan di era Malaysia baru ini seharusnya media tidak lagi menjadi alat propaganda dan memanipulasi minda untuk mengongkong pemikiran rakyat tetapi harus terbuka dan menyampaikan maklumat yang tepat dan telus kepada masyarakat di luar sana.

Antara media yang hadir.

Antara media yang hadir.

“Amalan kerajaan terdahulu yang sering menggunakan media untuk menyiarkan berita tertentu sahaja adalah tidak adil dan ia tidak boleh berulang lagi dan keputusan PRU 14 lepas jelas menggambarkan rakyat menolak corak laporan berita yang tidak seimbang” kata Amirudin.

Tambah beliau lagi, “saya tidak berkecil hati jika media melaporkan berita yang tidak memihak kepada saya dan kerajaan negeri dan sentiasa memahami tugas media dan saya telah berpesan kepada barisan EXCO kerajaan negeri dan pentadbiran negeri supaya menjawab setiap persoalan yang dibangkitkan oleh pihak media”.

“Saya sentiasa mengalu-alukan kritikan yang membina dan idea-idea baru yang boleh dikongsi bersama dalam memajukan pentadbiran negeri selangor ini”, ujar Amirudin.

Beliau turut berterima kasih kepada pihak media atas laporan dan liputan sepanjang 100 hari menjadi Menteri Besar Selangor terutamanya ketika ketiga-tiga Pilihanraya Kecil yang berlangsung di Selangor baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Pengarang New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Datuk Yushaimi Maulud ; Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak dan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Selangor, Norbaya Jamaludin. Kira-kira 100 orang pengamal media yang hadir pada majlis ini.

-NAZ

Tinggalkan komen anda