Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahang

15 Kumpulan Rebut Pentas Akhir

By 6 Oktober 2018Oktober 7th, 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto: Khairun Nadiah (Putrajaya)/ Sh. Nurul Sy. Wahid (Pahang) 

KUANTAN, 6 Okt (Malaysiaaktif) – 15 kumpulan mewakili negeri dan wilayah masing-masing memberi persembahan terbaik dalam Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan dalam pusingan separuh akhir di Pahang Skills Development Centre, di sini.IMG-20181006-WA0023

Bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’ pertandingan ini memerlukan peserta setiap kumpulan yang terdiri daripada 2-3 orang untuk menyampaikan persembahan mereka dalam tempoh 15 minit.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Semambu, Lee Chean Chung, setiap negeri mempamerkan keunikan persembahan mereka dalam menyampaikan mesej kepada penonton.

“Saya berharap agar pertandingan seperti ini dapat memupuk perpaduan dan menggalakkan integrasi kaum dengan lebih positif di Malaysia,” ujarnya ketika merasmikan majlis hari ini.IMG-20181006-WA0020

Pertandingan kali ini cukup istimewa apabila para peserta mengangkat nama tokoh-tokoh penting dalam negara daripada pelbagai bidang termasuklah Datuk Usman Awang dan Datuk Sudirman Haji Arshad.IMG-20181006-WA0009

Menurut seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP), Muhd Azri Zulkhairi, 19, pertandingan seperti ini sememangnya dapat menarik minat warga belia untuk lebih menghargai sejarah negara.

“Apa yang istimewa dalam pertandingan pengisahan ini ialah saya dapat mengenali tokoh-tokoh perjuangan yang kurang didendang seperti tokoh-tokoh yang tidak terdapat dalam buku teks sejarah.

“Saya juga menyimpan azam untuk menyertai pertandingan ini pada tahun hadapan bersama-sama rakan-rakan lain,” jelas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik ini.

Azri turut berharap agar Jabatan Penerangan akan terus menganjurkan pertandingan ini pada masa hadapan. Kesemua mereka bertanding merebut lima tempat ke pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung di Dewan Ibnu Khaldun, Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), di sini esok.

-SH

Tinggalkan komen anda