Skip to main content
Berita TempatanHomePahangPutrajaya

Kepelbagaian Boleh Menjadi Racun atau Madu – Chon Siang

By 7 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Syed Hisham/Khairun Nadiah (Putrajaya)

KUANTAN, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Kerajaan perlu memberi perhatian secara teliti dan serius kepada kepelbagaian yang ada di negara ini kerana ia boleh menjadi racun atau madu kepada perpaduan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum Sim Chon Siang, berkata ketidakadilan akan menimbulkan prasangka dan ketidakpuasan hati yang boleh membawa kepada ketidaktenteraman negara.

“Kesepaduan ini boleh menjadi rapuh dan pecah atau bersatu erat dan teguh bergantung kepada adunan yang dibuat dan dibangunkan,” katanya ketika berucap merasmikan pertandingan akhir Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2018 di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), di sini hari ini.

Chon Siang turut menasihati orang ramai agar lebih bijak menilai, menapis dan menentukan maklumat yang diterima di media sosial sama ada boleh ditularkan atau tidak.

Chon Siang ketika merasmikan program.

Chon Siang ketika merasmikan program.

“Media sosial sekarang mendominasi penyebaran maklumat dengan maklumat yang benar, separuh benar, tidak benar mahupun maklumat yang diputar belit.

“Kemudahan dan perkembangan pesat teknologi maklumat digunakan sepenuhnya oleh pihak tertentu dengan agenda tersendiri, maka pengguna perlu menjadi hakimnya,” tambahnya.

Sementara itu Ketua Pengarah Jabatan Penerangan yang menganjurkan program pengisahan ini menjelaskan dengan kemudahan teknologi maklumat, jabatan dapat memasarkan maklumat dengan kaedah teknologi media sosial seperti facebook (fb) dan youtube.

“Kita mengharapkan penonton ini akan bertambah ramai melalui JaPen tv, sebuah portal jabatan yang boleh dilayari untuk mendapat maklumat mengenai program ini secara maya dan dapat ditonton pada masa akan datang.

“Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan lebih ramai lagi rakyat kita memahami akan sejarah perjuangan tanah air,” katanya yang turut ditemui di sini sempena program pengisahan kenegaraan yang telah dianjurkan selama 15 tahun itu.

-SH

Tinggalkan komen anda