Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Lebih 800 Peserta Sertai Beris International MTB Jamboree 2018

By 8 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto Oleh : Fasharina Kholil dan Ramli Md Rus

 

SIK, 08 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih daripada 800 orang peserta menyertai Beris International MTB Jamboree 2018 yang berlangsung di sini baru-baru ini.

Perlumbaan basikal bukit siri ketiga ini semakin popular apabila mendapat penyertaan peserta daripada dalam serta luar negara termasuklah daripada Thailand dan Filipina.

WhatsApp Image 2018-10-07 at 13.24.34

Upacara pelepasan perlumbaan ini telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Sik, Dato Hj Bukhari Abdullah di Perkarangan Sik Lestari.

WhatsApp Image 2018-10-07 at 13.24.33 (1)Menurut salah seorang penganjur bersama perlumbaan iaitu Harlie Venture, Harris Mohd Sani, perlumbaan kali ketiga ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta dan berharap acara ini akan disenaraikan dalam kalendar pelancongan negeri Kedah.

Tambahnya lagi, jarak perlumbaan kali ini adalah sejauh 33 kilometer melalui 18 buah kampung meliputi trek berbukit, becak, landai, sungai serta melalui jalan-jalan kampung. Ini pastinya memberikan cabaran dan kelainan dalam kayuhan mereka untuk perlumbaan kali ini.

Harris turut menjelaskan, perlumbaan ini dibahagikan kepada lima kategori mengikut kesesuaian para peserta.

Laluan agak becak, basah dan licin disebabkan hujan menjadikan acara ini lebih mencabar - Nur Fatin Afisya Hamzah

Laluan agak becak, basah dan licin disebabkan hujan menjadikan acara ini lebih mencabar – Nur Fatin Afisya Hamzah (kanan)

Sementara itu menurut salah seorang peserta, Nur Fatin Afisya Hamzah daripada Pulau Pinang, merasa gembira kerana dapat menghabiskan perlumbaan ini dengan masa yang agak pantas.

“Walaupun agak becak, basah dan licin disebabkan hujan tapi saya berjaya mengharunginya dan menghabiskan perlumbaan ini,” katanya lagi.

Fatin yang mewakili Team S-Pro mengambil bahagian dalam kategori Terbuka Wanita.

Tinggalkan komen anda