Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeNegeri Sembilan

Rembau Challenge 2018 Menguji Ketahanan Fizikal Dan Mental

By 8 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto: Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 8 Okt (Malaysiaaktif) – Rembau Challenge 2018 kembali menemui pengemar sukan lasak dari dalam dan luar negara yang telah berlangsung di Dataran Rembau, Negeri Sembilan semalam.

Acara pada kali ini dikategorikan kepada beberapa peringkat antaranya Elite Team (Berpasukan, 2 peserta) jarak 96 kilometer,  Open Team (Berpasukan, 2 peserta) 54 kilometer,  Open Individu (Perseorangan) 54 kilometer.WhatsApp Image 2018-10-08 at 3.55.34 PM

Datuk Undang Luar Rembau, Datuk Haji Muhamad Sharip Haji Othman telah berkenan melepaskan para peserta Rembau Challenge 2018 di Dataran Rembau tepat jam 7.00 pagi semalam.

Laluan pada kali ini dipendekkan dari acara Rembau Challenge tahun lepas dimana kali ini hanya menggunakan jalan-jalan kampung yang lebih mencabar kepada para pelumba dengan adanya selekoh, cerun, lumpur, jalan sempit yang lebih menguji kecekapan para perlumba secara individu.

Rembau Challenge 2018 kali ini juga tidak mempunyai acara sampingan berbentuk hiburan, hanya ditumpukan pada acara kayuhan basikal, kayak dan juga marathon.

Acara yang dinanti-nantikan penggemar sukan lasak itu memerlukan peserta untuk berlari, berkayak, mendaki bukit, berbasikal dan menjalani ujian yang sengaja dirahsiakan.WhatsApp Image 2018-10-08 at 3.55.34 PM (1)

Peserta akan melalui kawasan berbukit, gunung, sungai, kampung, hutan dan jalan tanah merah. Rembau Challenge diadakan bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan  Daerah Rembau  salah satu tempat sukan lasak tanah air diperingkat nasional dan antarabangsa.

Acara pada kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran  Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abdul Ghani serta Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin serta ketua-ketua jabatan peringkat daerah dan masyarakat sekitar Rembau.

 

-KN

Tinggalkan komen anda