Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Pupuk Perpaduan Melalui ‘Apa Kata Anak Malaysia’

By 8 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan dan foto: M Zakry Chan (Melaka)

ALOR GAJAH, 8 Okt (Malaysiaaktif) – Usaha membentuk generasi berkualiti pemangkin masa hadapan negara diteruskan oleh Jabatan Penerangan Negeri Melaka (JaPen) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah dengan menganjurkan Program ‘Apa Kata Anak Malaysia (AKAM)’ 2018 Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung di Dewan Taming Sari UiTM Kampus Alor Gajah di sini, Sabtu lepas.

Program ‘Apa Kata Anak Malaysia’ merupakan kesinambungan program ‘Apa Kata Gen Y’ yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia sejak tahun 2015 lagi.WhatsApp Image 2018-10-08 at 3.31.15 PM

Menurut Pengarah Penerangan Negeri Melaka, Shahnon Mohamad, melalui program ini, generasi muda diberi ruang untuk menyampaikan padangan, cadangan, aspirasi, dan harapan mereka ke arah pembinaan negara yang lebih maju serta meningkatkan semangat cinta kepada negara dan mempunyai jati diri yang terpuji.

“Pengisian program ini telah diadakan dari semalam dimana 30 pelajar mahasiswa dan mahasiswi UiTM telah turut serta dalam Program Khidmat Masyarakat di Pusat Aktiviti Warga Emas,Lesung Batu,  Alor Gajah.

“Pada sebelah malam berlangsung pula program santapan rohani forum perdana yang melibatkan lebih 600 orang pelajar,” ujar Shahnon.

Peserta mewakili Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Dayang Nur Maisarah Abang Abd Razak yang mengupas tajuk ‘Media Sosial Medium Utama Memupuk Perpaduan’ telah dinobatkan sebagai Panel Terbaik AKAM 2018.WhatsApp Image 2018-10-08 at 3.32.01 PM

Panel lain yang turut bersama adalah Pengerusi Kelab Kebudayaan India Universiti Teknikal Melaka, Rajamunirant Kandasamy, Naib Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Multimedia Melaka, Oon Jia Yi dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar UiTM Kampus Alor Gajah, Kalvin Ibrahim.

Turut hadir, Rektor UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah, Prof Madya Sabariah  Mahat.

 

-KN

Tinggalkan komen anda