Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Cabaran 200 Tahun Pos Malaysia Menghubungkan Rakyat

By 9 Oktober 2018Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/ foto: M Zakry Chan ( Melaka)

MELAKA,Ā  9 Okt (Malaysiaaktif) – Tanggal 9 Oktober adalah tarikh istemewa bagi warga Pos seluruh dunia kerana tarikh ini adalah tarikh sambutan Hari Pos Sedunia sempena penubuhan Kesatuan Pos Sejagat atau Universal Postal Union (UPU) pada 9 Oktober 1874 di Bern, Switzerland.

Kerk merasmikan kaunter EziDrive-Thru.

Kerk merasmikan kaunter EziDrive-Thru.

Menurut Pengurus Negeri, Pos Malaysia Melaka,Ā  Md Fazil Kamarudin, Pos Malaysia bermula dengan perkhidmatan menghantar surat sejak 200 tahun lalu dan kini kita perkhidmatan Pos diperluas ke e-dagang.

“Warga Pos Malaysia akan terus bekerja dengan bersungguh-sungguh kerana kita melaksanakan tanggungjawab dan amanah kepada pelangan,”ujar Fazil.

Exco Komunikasi, Multimedia, PembangunanĀ  Belia dan Sukan,Ā  Kerk Chee Yee berkata Pos Malaysia telah banyak melakukan penambahbaikan dalam memberi perkhidmatan kepada pelangan.

“Perkhidmatan EziDrive-Thru adalah contoh terbaik yang dapat mengurangkan kesesakan di kaunter dan menjimatkan masa pelangan.

“Disamping itu, peranan Pos harus dimanfaatkan oleh masyarakat dalam meningkatkan ekonomi negara. Dengan adanya kemudahan internet kita boleh memasarkan produk atau barangan kita ke seluruh negara dengan menggunakan perkhidmatan Pos laju,”ujar Kerk.

Dalam majlis sambutan Hari Pos Sedunia 2018 Peringkat Negeri Melaka hari ini, seramai 10 warga Pos Melaka menerima anugerah kecemerlangan yang telah disampaikan oleh Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

-KN

Tinggalkan komen anda