Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Dadah Jamin Rosak Kehidupan

By 11 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan
Gambar Hiasan
Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/Mohd Hasif (Sarawak) / “Google Image”

KUCHING, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Selama 13 tahun bergelumang dengan najis dadah memberi banyak masalah dan kerugian kepada Mohamad Razid Mohammad Peter, beliau merupakan Rakan Sokong Bantu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuching hadir dalam Program Taklimat Isu Semasa 2018, Razid perkongsian keburukan kesan penggunaan dadah dihadapan 150 orang pelajar Kolej Komuniti Kuching.

Menurut Razid “pada mulanya, saya cuma ingin mencuba kerana terikut serta terpengaruh daripada kawan-kawan yang selalu lepak bersama dan lama kelamaan ia menjadi gian dan ketagih dan surkar untuk berhenti”, beliau juga terlibat dengan pengedaran dadah untuk menampung bekalan dadah untuk diri sendiri. “saya menjual barang terlarang tersebut di sekitar Bandar Kuching dan menjualnya kepada rakan penaging yang lain

Mohamad Razid berkongsi pengelaman kepada pelajar Kolej Komuniti Kuching

Mohamad Razid berkongsi pengelaman kepada pelajar Kolej Komuniti Kuching

Tambah Razid “selama 13 tahun hidup saya tidak tentu arah serta hilang panduan kerana sudah menjadi penagih tegar, saya ambil dadah dahulu disebabkan oleh tekanan hidup, lari dari masalah keluarga dan cuma ingin berfoya – foya serta mempengaruhi rakan yang baru dikenali untuk mencuba dadah seterusnya mereka mendapatkan bekalan dadah daripada saya”.

“Pengalaman saya di gari oleh polis dihadapan isteri dan anak merupakan detik yang saya tidak dapat lupakan, sehingga anak saya hairan kenapa saya ditanggap dan peristiwa itulah memberi kesedaran kepada saya dan saya juga direman selama sebulan untuk siasatan, sepanjang keterlibatan saya dengan dadah saya hilang segalanya, hilang keluarga, rakan-rakan dan juga saya telah menyusahkan ramai orang terutamanya isteri dan ibu bapa saya.”  Tambahnya.

Pelajar Kolej yang turut serta dalam menghadiri Taklimat Isu semasa

Pelajar Kolej yang turut serta dalam menghadiri Taklimat Isu semasa

“Setelah disabitkan kesalahan menggunakan dadah saya ditempatkan di Pusat Pemulihan Batu 6 Kuching untuk rawatan selama 4 bulan di situ saya dilatih untuk menjadi insan yang lebih berguna kepada diri sendiri dan masyarakat. setelah tamat rawatan saya bertekad untuk tidak lagi menyentuh dadah dan ingin balik ke pangkuan anak dan keluarga, serta berbakti kepada masyarakt dengan penyertaan saya sebagai Rakan Sokong Bantu AADK, Daerah Kuching”. ujarnya

Mohamad Razid menerima cenderamata yang disampaikan oleh Dr. Kelvin Yii Lee Wuen, Ahli Parlimen P.195 Bandar Kuching (dua kiri) sambil disaksikan oleh Abang Sardon (kiri) dan Shah Nazim Sahar

Mohamad Razid menerima cenderamata yang disampaikan oleh Dr. Kelvin Yii Lee Wuen, Ahli Parlimen P.195 Bandar Kuching (dua kiri) sambil disaksikan oleh Abang Sardon (kiri) dan Shah Nazim Sahar

Beliau berharap golongan belia agar tidak menjadi sepertinya dan menyarankan belia  untuk menjadi individu yang berwawasan dan dapat menyumbang kepada pembanggunan Negara. Razid ditemui ketika Program Talimat Isu Semasa 2018 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak bertempat di Kolej Komuniti Kuching, Jalan Sultan Tengah Petra Jaya, Kuching, semalam.

-ER

 

Tinggalkan komen anda